Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cinta tak sempat mekar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cinta tak sempat mekar

Percintaan pelakon drama Goblin, Kim Go Eun dengan teman lelaki, Shin Ha Kyun tidak seindah kisah cinta dalam drama itu.

Selepas setahun bercinta secara terbuka, Kim Go Eun dan Shin Ha Kyun akhirnya mengesahkan hubungan cinta mereka sudah tamat.

Kenyataan dikeluarkan pihak agensi, HODU & U Entertainment pada Rabu lalu mengesahkan artis mereka menamatkan hubungan cinta akhir bulan lalu.

Seperti biasa, alasan diberikan kerana jadual padat yang menjadi halangan hubungan cinta mereka untuk terus bersama.

Hubungan mereka dikatakan renggang disebabkan kesibukan masing-masing. Mereka akan kekal berhubung sebagai rakan dalam industri.

Imbas kembali, hubungan cinta mereka mengejutkan banyak pihak tahun lalu berpunca daripada jarak usia antara Kim Go Eun dan Shin Ha Kyun.

Heroin Goblin itu berusia 26 tahun manakala pelakon Welcome To Dongmakgol berusia 43 tahun. Mereka mengesahkan percintaan itu melalui agensi pada Ogos tahun lalu.

Dimaklumkan, Kim Go Eun dan Shin Ha Kyun sudah dua bulan bertemu sebelum mengambil keputusan untuk mendedahkan kepada umum.

Laporan lain mendakwa, mereka menyertai kelab selam skuba sama, malah Kim Go Eun juga pernah memuat naik foto berkumpulan bersama Shin Ha Kyun ketika gosip sedang bercinta masih hangat.

Berkemungkinan hubungan mereka mulai rapat selepas berkongsi minat sama. Dalam pada itu, Shin Ha Kyun juga pernah dilihat bersama Kim Go Eun pada malam tayangan perdana filem Canola pada Mei 2016.

Bukan itu sahaja, pelakon itu turut dilihat duduk bersebelahan pada Malam Gala The Handmaiden, pada bulan sama.

Dalam temuramah awal, Kim Go Eun pernah berkongsi betapa Shin Ha Kyun sering menggembirakannya untuk projek drama Goblin lalu.

“Dia kata drama itu membabitkan pertarungan stamina, jadi dia nasihatkan saya sentiasa menjaga kesihatan,” kata Kim Go Eun.

Nampaknya dalam kesedihan berpisah dengan teman lelaki yang banyak memberi motivasi, Kim Go Eun pasti kembali tersenyum.

Apatah lagi nama Kim Go Eun tersenarai sebagai pelakon wanita paling jelita di Korea Selatan kerana memiliki wajah unik.

Data itu dikeluarkan agensi media OSEN yang berpangkalan di negara itu minggu lalu. Turut bersama Kim Go Eun sebagai ikon kecantikan di Korea Selatan ialah Park So Dam dan Han Ye Ri.

Peminat Kdrama tempatan tahu ‘kekasih’ Gong Yoo dalam drama bersiri Goblin itu menjadi popular selepas membintangi drama yang turut mendapat perhatian peminat Kdrama Malaysia.

Ia termasuk penampilannya dalam drama Cheese In The Trap dan filem Monster, Memories Of The Sword dan banyak lagi.

Tidak seperti bintang Kdrama atau Kpop lain yang lebih suka menjalani pembedahan plastik untuk perbaiki kelopak mata, ciri-ciri asli bermata sepet dimiliki Kim Go Eun dipercayai jadi punca dia lebih ke depan.

Park So Dam yang dikenali melalui drama Cinderella And Four Knights pula dikenali kerana memiliki wajah kecil dan senyuman comel, termasuklah bakat lakonan dimiliki.

Dia pernah menerima pujian tertinggi melalui Anugerah Filem Blue Dragon kerana berjaya mencuri perhatian melalui lakonan berkesan.

Han Ye Ri pula diangkat sebagai wanita paling jelita kerana mempunyai wajah yang sentiasa nampak muda dan memiliki sepasang mata sepet.

Pelakon itu pernah muncul dalam drama Age Of Youth pada 2016 dan difahamkan akan kembali dengan musim kedua, tahun ini.

The post Cinta tak sempat mekar appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n8K0w9

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.