Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hummels Geram Sikap 'berlagak' Jerman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hummels Geram Sikap 'berlagak' Jerman

PEMAIN Jerman, Thomas Mueller meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan dalam perlawanan menentang Azerbaijan di Baku, Azerbaijan, awal pagi tadi. – Foto Reuters

BAKU: Mats Hummels menyalahkan rakan sepasukan Jerman kerana ‘berlagak’ ketika kemenangan besar menewaskan Azerbaijan 4-1 di tempat lawan awal pagi tadi yang memberikan juara bertahan itu lima kemenangan berturut-turut dalam kelayakan Piala Dunia.

Skuad Jerman bolos gol pertama sejak Julai namun mengekalkan rekod sempurna dalam kelayakan Russia 2018 ketika Andre Schuerrle meledak dua gol.

“Kami agak berlagak hari ini, ia sebenarnya tidak bagus dan kami membuatkan kehidupan lebih sukar buat diri kami berbanding sepatutnya,” akui Hummels kepada penyiar RTL.

Pertahanan Bayern Munich itu berkata, banyak kawalan bola dilepaskan begitu saja dan ada cabaran tidak sepatutnya daripada pemain Jerman, yang bergelut untuk mendapatkan prestasi terbaik.

Jaringan babak pertama Schuerrle, Thomas Mueller dan Mario Gomez meletakkan Jerman 3-1 di depan sebelum rehat selepas pemain tengah Azerbaijan, Dimitrij Nazarov menjaringkan gol penyamaan awal yang menggembirakan penyokong tuan rumah.

Ia adalah jaringan pertama dilepaskan Jerman selepas tujuh perlawanan dengan rekod bersih – rekod pasukan kebangsaan – bermula sejak kekalahan 2-0 ketika berdepan Perancis pada separuh akhir Euro 2016.

Schuerrle kemudian menambah jaringan keempat untuk memberikan kemenangan selesa.

Jerman meletakkan hampir sepenuh kekuatan, namun ketua jurulatih Joachim Loew bersetuju dengan kenyataan Hummels dan mengakui mereka jauh daripada sempurna.

“Saya berpuas hati, namun ada sedikit kecuaian. Apa yang dicapai ini bukanlah emas,” kata Loew dengan kejayaan terhebat sepanjang sedekad mengemudi Jerman ialah meraih gelaran Piala Dunia 2014.

“Permainan yang kami tampilkan tidak sampai ke tahap sebenar.” – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nD7e0b

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.