Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ezzaty berserah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ezzaty berserah

Disebabkan sering mengalami muntah-muntah dan lambat datang bulan ketika mengerjakan umrah Januari lalu, pelakon Ezzaty Abdullah menyangka dirinya hamil.

Namun, Ezzaty akur apabila rezeki belum berpihak kepadanya membuatkan dia dan suami tercinta yang juga pelakon Azwan Kombos apabila dia datang bulan tiga minggu selepas pulang dari Makkah.

“Sepanjang mengerjakan umrah saya sering tak sedap badan. Setiap kali selepas makan saya pasti muntah. Saya terus memaklumkan kepada suami kemungkinan sedang hamil ditambah pula ketika itu saya lambat datang bulan.

“Pada masa sama seorang jemaah yang juga bidan turut sependapat dengan saya. Tak dapat dibayangkan perasaan ketika itu kerana terlalu gembira. Apatah lagi saya dan suami memang inginkan anak dengan segera.

“Bagaimanapun, perkara itu tak seperti difikirkan apabila saya datang bulan beberapa minggu selepas pulang ke tanah air. Kalau ikutkan memang sedih dan kecewa, tapi saya reda dan menganggap belum rezeki kami,” katanya.

Ezzaty berkata, selepas peristiwa itu dia dan suami tidak mahu lagi terlalu berharap sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

Ezzaty yang juga pelakon drama Autumn Di Hatiku juga sentiasa berfikiran positif apabila masih ramai pasangan yang lebih lama berkahwin belum dikurniakan anak.

“Selepas berkahwin saya dan suami tak pernah merancang. Sekurang-kurangnya dapat seorang dahulu pun sudah okey. Tapi dalam perkara ini saya percaya segalanya sudah ditentukan Allah. Sebagai manusia kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.

“Kalau kita berusaha sekuat mana sekali pun tapi jika belum ada rezeki, tak boleh juga. Jadi apa yang kami lakukan sekarang berdoa dan terus mencuba. Paling penting kami tak nak menjadikan soal anak ini sebagai satu tekanan.

“Saya dan suami mahu menjalani kehidupan biasa seperti orang lain. Lagipun, usia perkahwinan kami belum setahun, jadi masih banyak masa. Jika dibandingkan dengan orang lain, terdapat pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah lama berkahwin,” katanya.

Berkongsi mengenai kehidupan rumah tangga yang dibina pada 16 Julai tahun lalu, Ezzaty meluahkan rasa syukur dan seronok.

Menurut Ezzaty yang juga pelakon filem Mirip, dia melalui hari-hari bahagia apatah lagi jika dapat memasak untuk suaminya.

“Sebenarnya tak susah nak menyesuaikan diri selepas berkahwin. Mungkin sebelum ini saya menetap dengan abang dan kakak ipar membuatkan saya banyak belajar daripada mereka. Jadi apabila berkahwin dan hidup berdua dengan suami segalanya lebih mudah.

“Lebih menyeronokkan juga apabila setiap hari dapat meluangkan waktu bersama. Kalau bukan saya menunggunya pulang dari kerja, suami pula berbuat sedemikian. Paling penting jika dapat menyediakan masakan kegemarannya. Itu saat paling indah buat saya,” katanya.

Dalam pada itu, lakonan Ezzaty dan Azwan dalam drama berjudul Girlfriend Aku Amnesia kini ditayangkan di saluran Hypp TV.

Pada masa sama, mereka juga bakal muncul dalam drama Mak Cun 3 yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

The post Ezzaty berserah appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ooFl9z

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.