Defoe Bantu England Benam Lithuania
JERMAIN Defoe meraikan jaringan. – Foto EPA
LONDON: Jermain Defoe menghiasi penampilan semulanya pada pentas antarabangsa dengan meledak gol ketika England menang 2-0 mengatasi Lithuania dalam saingan kelayakan Piala Dunia di Wembley, awal pagi tadi.
Defoe, 34, membuat kemunculan pertama bersama England sejak November 2013, selepas dipanggil semula oleh pengurus Gareth Southgate dan dia menandakan kepulangannya dengan gol pembukaan pada pertengahan babak kedua.
Pemain gantian, Jamie Vardy, menambah jaringan ketika England memperkukuhkan cengkaman dalam Kumpulan F kelayakan zon Eropah pada penampilan pertama Southgate di laman sendiri selaku pengurus tetap.
England kini adalah pasukan tunggal dalam kelayakan Eropah, yang masih belum melepaskan gol.
Jaringan Defoe, ke-20 buat pemain veteran Sunderland itu sepanjang 56 kaps, nyata memberi kelebihan dan pemain gantian babak kedua Marcus Rashford juga menampilkan persembahan baik.
Namun, gaya permainan negatif yang diterapkan uurulatih Lithuania, Edgaras Jankauskas, menjadikan aksi itu membosankan, membuatkan tiada apa yang mampu dibanggakan menerusi perspektif England. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nUXIq5✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
r>r>
Post a Comment