Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vinales Juarai GP Qatar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vinales Juarai GP Qatar

DOHA: Pelumba Yamaha dari Sepanyol, Maverick Vinales, mengungguli saingan pembuka tirai MotoGP di Grand Prix (GP) Qatar dalam perlumbaan penuh dramatik, awal pagi tadi.

Vinales bersaing sengit dengan Andrea Dovizioso namun berjaya mengatasi pencabarnya itu selepas masing-masing kerap kali bertukar posisi selaku pendahulu pada baki tujuh pusingan terakhir.

Pelumba berusia 22 tahun, yang menjadi tumpuan pada ujian pra musim termasuk sesi latihan bebas di Qatar, bangkit dari permulaan hambar di garisan grid sebelum mencatat kemenangan yang sudah tentu bakal meningkatkan reputasi dirinya.

“Saya berasa sangat hebat,” katanya. “Jujurnya, trek sangat sukar. Saya terlalu berhati-hati di garisan permulaan.

“Namun, keadaan motosikal sangat bagus. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan. Biarpun keadaan sukar, kami sentiasa bersama dalam setiap masa.”

Vinales menang dalam perlumbaan yang dikurangkan kepada 20 pusingan selepas hujan serta keadaan trek basah menjadi punca saingan itu terpaksa ditangguhkan selama 45 minit.

Pelumba Ducati, Dovizioso menamatkan perlumbaan di tangga kedua manakala juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi ketiga.

“Perlumbaan yang sangat sukar,” kata Dovizioso. “Kami tahu yang kami tidak boleh lebih laju dalam perlumbaan ini.

“Pada satu ketika, saya cuba untuk kekal bersama Maverick sehingga tamat. Saya cuba memintasnya di pusingan terakhir tetapi dia sudah terlalu jauh.” – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nD9FzW

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.