Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Jiran ugut bakar rumah, kucing’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Jiran ugut bakar rumah, kucing’

Pelakon dan pengacara Karl Shafek membuat laporan polis, semalam selepas diugut jiran yang mahu membakar rumah dan dua ekor kucing peliharaannya.

Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim ketika dihubungi berkata, jiran terbabit mendakwa dua ekor kucing miliknya itu membuang najis merata-rata di kawasan kondominium berkenaan.

Karl menafikan dakwaan jirannya itu dan dua kucing peliharaannya itu hanya tinggal di dalam rumah dan tidak berkeliaran di kawasan kejiranan itu.

“Saya tidak pernah bergaduh dengan sesiapa sejak menginap di sini lima tahun lalu. Sepatutnya perkara ini boleh diselesaikan dengan baik,” katanya yang juga pengacara program CJ Wow Shop.

Menurut Karl, dia tidak pernah bertemu dengan jiran terbabit tetapi dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pengurusan kondominium itu selepas jiran itu membuat aduan.

“Pihak pengurusan memaklumkan jiran itu bukan saja mengugut untuk membakar kediaman dan dua kucing milik saya, malah ingin mengupah orang untuk memecah masuk kediaman saya.

“Disebabkan ada unsur ancaman, pihak pengurusan kondominium menasihatkan supaya membuat laporan polis,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Bandar Sri Damansara, di sini, kira-kira 6 petang semalam.

The post ‘Jiran ugut bakar rumah, kucing’ appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2o8yQIu

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.