Hi! Welcome Back and Stay Tune! Filem kisah penyanyi Jepun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Filem kisah penyanyi Jepun

Mengangkat penyanyi popular Jepun, Subaru Shibutani sebagai subjek utamanya, filem La La La at Rock Bottom wajib ditonton penggemar karya negara matahari terbit itu.

Filem arahan Nobuhiro Yamashita bukan biopik tetapi mengetengahkan jalan cerita komedi mengisahkan lelaki bernama Shigeo dijaga Kasumi selepas hilang ingatan.

Dalam satu temu bual, Yamashita berkata, idea menjadikan Shibutani yang juga anggota kumpulan Kanjani Eight sebagai inspirasi filem datang daripada produser.

“Penggambaran juga dijalankan di tempat asal Shibutani iaitu di Osaka kerana mahu menunjukkan dia mungkin tidak berpeluang mencapai kejayaan besar sekiranya memilih untuk terus menetap di sana.

“Filem ini adalah sebuah cerita yang sebahagian daripadanya turut berkaitan kehidupan sebenar penyanyi itu,” katanya.

Menurut Yamashita, hanya satu lagu yang didendangkan Shibutani dicipta khas untuk filem berkenaan dan selebihnya daripada Akainu.

“Namun, lagu nyanyian Akainu itu bukan dicipta khas untuk filem ini. Idea menggunakan lagunya datang selepas Akainu mengadakan konsert di Misono Universe,” jelasnya.

Dalam filem berdurasi sejam 44 minit ini, Kasumi mendapati Shigeo ada bakat menyanyi dan dia melantik lelaki itu menjadi vokalis utama kumpulannya.

Bagaimanapun, Shigeo mendapati kisah hitam lampaunya mula kembali menghantui kehidupan barunya.

Filem ini turut dibintangi Fumi Nikaido, Sarina Suzuki dan Katsumi Kawahara.

Tiket percuma La La La At Rock Bottom

Berita baik buat pembaca Harian Metro apabila Golden Screen Cinemas (GSC) sudi ‘belanja’ penonton menyaksikan La La La At Rock Bottom secara percuma pada 30 Mac ini.

Syaratnya mudah dan pembaca hanya perlu membawa keratan artikel ini untuk menebus dua tiket di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur mulai jam 10 pagi esok.

Pemberian 100 tiket percuma ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Tayangan La La La At Rock Bottom di Hall 11, GSC Mid Valley pada 30 Mac ini jam 9 malam.

Maklumat lanjut mengenai filem ini boleh melayari www.gsc.com.my atau misono.gaga.ne.jp/.

The post Filem kisah penyanyi Jepun appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2n8VKic

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.