Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas MTUC, Cuepacs Tampil Sokong Cuti Bersalin Sebulan Untuk Bapa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas MTUC, Cuepacs Tampil Sokong Cuti Bersalin Sebulan Untuk Bapa

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) senada dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan memberikan cuti bersalin untuk bapa dengan bayaran gaji penuh.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata cuti tujuh hari yang diberikan ketika ini tidak memadai dan perlu dinaikkan  demi kebajikan pekerja dan isteri kakitangan berkenaan.

Justeru, Cuepacs menggesa kerajaan mewujudkan polisi baharu mengenai cadangan berkenaan atau untuk di peringkat awal, kerajaan dicadang untuk meminda Akta Kerja 1955 untuk memasukkan terma mengenai cuti bersalin untuk bapa untuk kakitangan kerajaan mahupun swasta.

“Cuepacs menyokong cadangan MTUC ini sebab banyak perkara telah bertukar. Dulu negara sebelum ini berasaskan pertanian dan pada masa akan datang digital akan menjadi hab ekonomi yang paling penting kerana dalam sektor awam dan swasta dominasi dua sektor ini adalah wanita. Dalam soal ini , kita sokong jika satu undang-undang digubal untuk melihat sama ada kebajikan kepada wanita berkerjaya supaya mereka dapat pembelaan selepas bersalin,” katanya semasa dihubungi Astro AWANI.

Beliau juga menyifatkan Akta Kerja 1955 perlu melalui pindaan dengan mengambil kira situasi pada masa sekarang.

“Tahun 1955 mana ada kerajaan digital. Oleh kerana itu perubahan ini tidak boleh ditolak. Jadi adalah baik sekiranya kerajaan melihat perkara ini dimasuk ke dalam pindaan undang-undang untuk memberi perlindungan yang lebih kepada pekerja,” ujarnya.

Bagaimanapun, jika cadangan berkenaan diluluskan kelak, beliau berharap pekerja terlibat tidak mensia-siakan cuti sebulan yang diberikan untuk menjaga isteri selepas bersalin.

“Contohnya kalau dia dapat cuti lebih tujuh hari, tetapi dia tidak jaga isteri dia dan anaknya. Ini yang ditakuti akan menggangu proses,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap kerajaan memberi perhatian dan membuka seluas-luasnya kepada  cadangan Cuepacs dan MTUC berkenaan.

“Wajar kalau kita letak negara kita setaraf dengan negara-negara yang telah mengamalkan cuti bersalin untuk bapa termasuk negara di Scandinivia, Finland, Belgium dan sebagainya,” tambahnya.

Pada Sabtu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan agar cuti bersalin untuk bapa diberikan selama sebulan kepada kakitangan kerajaan dan swasta dengan bayaran gaji penuh.

Setiausaha Agungnya, J. Solomon berkata ia berikutan cuti sedia ada yang diperuntukkan untuk pekerja disifatkan sebagai tidak mencukupi.

Justeru, katanya, kerajaan perlu mewujudkan satu undang-undang berkaitan bagi memastikan cuti bersalin untuk bapa dengan bayaran gaji penuh dikuat kuasa dalam akta berkenaan.

Cadangan MTUC itu juga susulan kebanyakan kes melibatkan pospartum psikosis yang dihadapi ibu-ibu selepas bersalin sehingga ada yang bertindak mencederakan atau lebih dahsyat lagi membunuh bayi mereka.

Bagaimanapun, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) tidak menyokong cadangan berkenaan kerana dikatakan akan memberi kesan kepada operasi syarikat dan majikan.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nUXYFf

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

r>r>

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.