Hi! Welcome Back and Stay Tune! Boleh teroka lagi watak Cipher - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Boleh teroka lagi watak Cipher

Pelakon Charlize Theron yang pertama kali muncul dalam francais filem Fast & Furious tidak menolak sekiranya peminat mahukannya untuk muncul dalam dua lagi francais filem itu.

Charlize, 42, yang membawa watak penjahat, Cipher dalam filem berjudul The Fate of the Furious itu berkata, ia bergantung kepada kehendak penonton.

“Jika mereka mahukan Cipher muncul semula, saya tidak menolak untuk kembali semula,” katanya dalam temubual bersama Harian Metro, di sini, hari ini.

Menurut bintang Hollywood ini, dia sendiri teruja untuk terus meneroka watak Cipher.

“Cipher adalah watak yang boleh diterokai lagi. Sekiranya ada peluang, saya akan lakukannya,” katanya.

Chalize juga meluahkan rasa gembiranya apabila penerbit filem ini sentiasa melihat apa yang dimahukan peminat.

“Filem ini sebenarnya terbina oleh kehendak peminatnya sendiri dan saya sukakannya. Produksi filem ini daripada penerbit hinggalah pengarah mengambil setiap permintaan peminat setia sejak sekian lama.

“Agak menarik jika mereka mahukan saya semula dalam dua filem seterusnya,” katanya.

Dalam filem ini, Cipher adalah penjahat yang cuba memecah-belahkan hubungan baik di antara Dominic Toretto lakonan Vin Diesel dengan semua watak yang rapat dengannya.

Hadir sama dalam sesi temubual yang berlangsung di sini ialah seorang lagi pelakon, Jason Statham yang membawa watak Deckard Shaw dan pengarahnya, F Gary Gray.

The Fate of the Furious bakal ditayangkan di negara ini mulai 14 April depan.

The post Boleh teroka lagi watak Cipher appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nr3BKC

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.