Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Makan tidur, makan tidur, lepas tu pukul saya' - Isteri minta suaminya dipenjara 2 tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Makan tidur, makan tidur, lepas tu pukul saya' - Isteri minta suaminya dipenjara 2 tahun


KOTA BHARU, KELANTAN - "Makan tidur, makan tidur, lepas tu pukul saya," demikian luahan seorang isteri ketika memberi keterangan di mahkamah majistret, semalam, lapor Sinar Harian

Wan Nor Hafiza Wan Ahmad, 30, berkata, kejadian itu bukan kali pertama dilakukan oleh suaminya, malah dia sudah sering menjadi mangsa lelaki itu. 

"Saya seorang sahaja yang bekerja (penyambut tetamu), dia pula mencuri barang kemas, ambil duit saya. Saya minta dia dihukum penjara dua tahun dan selepas ini minta dia jangan datang cari saya serta anak kami lagi," katanya. 

Majistret Nik Habri Muhammad kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Mohammad Syahrill Mohammad, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah. 

Mohammad Syahrill didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Wan Nor Hafiza di kedua-dua lengan dan mencekik mangsa di sebuah rumah di Pengkalan Chepa, jam 8 pagi, 10 April lalu. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun tau denda RM4,000, atau kedua-duanya sekali. 

Difahamkan, kejadian berpunca selepas Mohammad Syahrill berang dengan isterinya yang pergi menemui rakannya untuk bertanyakan barang kemas mangsa yang hilang dalam simpanan. 

Barang kemas Wan Nor Hafiza dipercayai dicuri oleh Mohammad Syahrill sebelum dijual kepada rakannya. Sejak dari itu, mangsa selalu dipukul dan duitnya diambil lelaki itu tanpa pengetahuannya. 

Sementara itu, Nik Habri dalam keputusannya menasihatkan Mohammad Syahrill mengambil pengajaran dan insaf dengan kesalahan yang dilakukannya itu. 

"Saya tidak menyebelahi sesiapa, namun menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mangsa. Di rumah kamu boleh menjadi hero, tetapi tidak di mahkamah saya. 

"Perbalahan suami isteri adalah perkara biasa. Tetapi jika sudah sampai ke mahkamah akan menjadi sesuatu yang serius," katanya. - The Reporter


Sumber : GengViral

Sumber :

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qOgMp1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.