Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peguam & rakan wanita terlepas hukuman gantung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peguam & rakan wanita terlepas hukuman gantung

Peguam dan rakan wanita terlepas hukuman gantung apabila pertuduhan mengedar dadah terhadap mereka ditarik balik dan dipinda di Mahkamah Tinggi Seremban, hari ini.

Hakim Datuk Siti Mariam Othman memutuskan pertuduhan terhadap G Sivakumar, 51, ditarik balik selepas Jabatan Peguam Negara berpuas hati terhadap representasi yang dikemukakan pihak pembelaan.

Rakannya pula, P Sivagami, 39, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan memiliki kanabis seberat 939 gram dan mengedar methamphetamine seberat 8.44 gram di tempat letak kereta hadapan rumah di Taman Desa Seringin, Nilai, kira-kira jam 8 malam, pada 14 Oktober 2016.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan mengedar, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun, serta sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad manakala kedua-dua tertuduh diwakili Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

The post Peguam & rakan wanita terlepas hukuman gantung appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qMksJS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.