Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pertukaran 11 Pegawai Kanan Polis Berkuat Kuasa 22 Jun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pertukaran 11 Pegawai Kanan Polis Berkuat Kuasa 22 Jun



KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan 11 pertukaran pegawai kanannya berkuat kuasa 22 Jun depan.

Antara yang terlibat ialah Komander Unit Tindakhas, Pasukan Gerakan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC Datuk Hazani Ghazali yang dilantik sebagai Komander Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) dengan memangku pangkat DCP.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman SAC Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataannya berkata tempat Hazani diambil alih SAC Datuk Mastor Mohd Ariff yang sebelum ini merupakan SAC Kepolisan Am, Jabatan KDNKA Bukit Aman.

Menurut Asmawati, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor akan bertukar jawatan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalulintas/Pengurusan Saman), JSPT Bukit Aman ACP Ruslan Khalid pula akan menggantikan tempat Sharul Othman.

Jawatan Ruslan pula diganti ACP Zulkifli Jonit yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak.

Asmawati berkata Supt Urus Tadbir Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching, Sarawak, Supt Mohammad Taha Baba pula dilantik sebagai Timbalan Komander PGA Briged Sarawak.

Menurutnya, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh pula dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan memangku pangkat SAC.

Tempat Sulaiman akan diganti Supt Shahurinain Jais yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Pegawai Turus Kepolisan Komuniti, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Perak dengan memangku pangkat ACP.

Penolong Pengarah Latihan (Peperiksaan/Kompetensi) Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman ACP Arjunaiti Abdullah pula akan bertukar jawatan sebagai Penolong Pengarah Latihan (Urus Tadbir/Latihan) Bahagian Latihan, Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Jawatan beliau akan diambil alih Supt Chuah Yong Huat yang sebelum ini memegang jawatan Supt Pengajian Siasatan Jenayah Komersial, Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat ACP.

Pegawai Turus Kesejahteraan Organisasi, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Supt Ghazali Daud pula kekal dengan jawatan sama dengan memangku pangkat ACP. – BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r92kLk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.