Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat KL cadang kerajaan Malaysia kuatkuasakan sistem cap jari untuk buka akaun FB
Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur (PPKMKL) menyarankan agar kerajaan menguatkuasakan sistem cap jari bagi pembukaan akaun Facebook memastikan medium itu tidak terus disalahguna.
Presidennya, Hussen Zulkarai, berkata, kini terlalu banyak akaun yang didapati menggunakan identiti palsu semata-mata mewujudkan suasana tegang menerusi laman sosial berkenaan.
Menurutnya, sekiranya perkara itu tidak dibendung, ia mampu memberi impak negatif kepada kerajaan dan negara.
“Biar mereka guna nama lain wajah lain untuk maki hamun dan sebagainya asalkan pemiliknya sudah dikenalpasti. Jika dilihat hari ini seorang sahaja mempunyai lebih dari dua atau tiga atau mungkin lebih lagi yang digunakan untuk kegunaan peribadi dan juga media sosial salah guna.
“Sekiranya Facebook tersebut bagi kegunaan perniagaan pemilik perniagaan perlu tampil bagi urusan pembukaan Facebook . Sekiranya digunakan bagi tujuan kumpulan keluarga, sekolah pertubuhan dan sebagainya mungkin perlu diambil lebih dari seorang bagi menjadi admin dan hanya yang berdaftar cap jari sahaja boleh menjadi rakan,”katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Saranan berkenaan diakui perlu diambil pertimbangan serius, kata Penasihat PPKMKL, Mohd Saari Sidek, lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya.
“Kini anak muda mudah terpedaya dengan fitnah di media sosial disebabkan penulisan yang sangat bebas oleh individu tidak bertanggungjawab sehingga menjadi tular dan menutup fakta sebenar daripada sumber yang diyakini,” katanya.
Sementara itu Ketua Biro Keselamatan, Mohd Azrai Mazlan, berkata, sekiranya ia dibiarkan tanpa pengawalan, akan memberi kesan pada pemikiran pengguna media sosial untuk jangka masa panjang.
“Kuasa pengguna media sosial kini seolah terletak dihujung jari mereka .Oleh itu pihak kerajaan disarankan meneliti perkara ini bagi jangka masa panjang terhadap senario pemikiran pengguna media sosial,” katanya.
Sumber: Sinar
Sumber Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat KL cadang kerajaan Malaysia kuatkuasakan sistem cap jari untuk buka akaun FB
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qMqyKd
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment