FELDA Lantik Tiga Anggota Lembaga Pengarah Baharu
KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melantik tiga anggota lembaga pengarah baharu bagi membantu memulihkan keyakinan orang ramai, terutama pemegang berkepentingan, terhadap organisasi itu.
Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata mereka ialah Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia Datuk Seri Kushairi Din, ikon peneroka wanita Felda Ramlah Jailani dan bekas pengurus besar Felda Datuk Zulkifli Wahab.
Pelantikan mereka dibuat dengan kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa lepas.
“Mereka yang dilantik adalah orang lama dan berpengalaman. Dengan pelantikan ini saya hatap rasa hormat orang ramai, terutama pemegang berkepentingan, akan dapat dipulihkan,” katanya pada majlis pelancaran bufet Ramadan D’Saji di sini, hari ini.
Dengan pelantikan tiga anggota lembaga pengarah itu, Felda kini mempunyai 12 pengarah.
Shahrir berkata antara aktiviti yang diadakan bagi memulihkan keyakinan terhadap Felda adalah ikrar integriti bagi memerangi rasuah.
“Sokongan orang ramai terutamanya akar umbi sangat penting untuk kita. Dalam tempoh empat tahun lepas, Felda melalui banyak perkara termasuk terpalit dengan skandal rasuah. Reputasi Felda telah tercalar dan kini diragui oleh orang ramai termasuk peneroka Felda sendiri,” katanya.
Shahrir menyentuh tentang penangkapan lima pegawai Felda termasuk bekas timbalan pengarahnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkaitan projek pemeliharaan ikan sturgeon bernilai kira-kira RM47.6 juta, yang menurutnya, adalah antara sebab mengapa keyakinan terhadap Felda tercalar.
“Situasi sebegini telah meletakkan Felda di tempat yang sukar. Kita harus melakukan sesuatu untuk memulihkan integriti Felda yang tercalar,” katanya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qnglQs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment