Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pes Masakan Untuk Mudahkan Kerja Ma-mak, Kalau Nak Masak Banyak Jenis Lauk Waktu Berbuka Pun Sempat! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pes Masakan Untuk Mudahkan Kerja Ma-mak, Kalau Nak Masak Banyak Jenis Lauk Waktu Berbuka Pun Sempat!

Pes Masakan Untuk Mudahkan Kerja Ma-mak, Kalau Nak Masak Banyak Jenis Lauk Waktu Berbuka Pun Sempat!

Bekerja atau tidak, mak-mak memang suka kalau ada rahsia memasak yang memudahkan kerja mereka di dapur. Tambah pula bula puasa dah dekat, yang memerlukan anda masak dengan cepat tetapi sedap untuk keluarga. Asyik nak beli, kadang tak kena dengan selera tekak. Haaa... inilah caranya, cuma sediakan bahan memasak siap-siap dalam peti, tinggal nak masak je! Petua ini dikongsikan oleh Puan Sapina Shahabudin, kalau ini gayanya, nak masak macam-macam waktu sahur pun boleh! Jom semak apa bahan yang diperlukan...

Macam macam perencah ada. Nasi goreng ikan bilis, sambal tumis/asam pedas, kari ikan, pes ikan bakar dan sos black pepper. Hari terlebih rajin... Dari pukul 2.00 tadi sampai pukul 5 baru selesai masak. Lega... Alhamdulillah.

PES IKAN BAKAR

1. Blend cabai kering, bawang besar, bawang merah dan bawang putih, serai yang dihiris nipis-nipis, sedikit belacan dan kunyit hidup sehingga halus.

2. Panaskan kuali dan tumis bahan blendar dgn sedikit minyak.

3. Masukkan gula dan perahan air asam jawa. Masak sehingga naik minyak.

4. Masukkan garam dan hirisan daun kunyit. Kacau sebati dan tutup api.

PES SAMBAL TUMIS

1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih dan belacan.

2. Tumis dlm minyak panas. Masukkan gula melaka/gula putih dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.

3. Masukkan garam/perisa. Tutup api.

PES GULAI IKAN

1. Tumis bawang merah dan bwg putih yg dihiris halus bersama daun kari dan halba campur sehingga kekuningan.

2. Masukkan bahan blendar- rempah kari ikan, bawang besar, bawang merah, bwg putih dan sedikit cili kering.

3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.

(Semasa gunakan pes cuma tambahkan santan, ikan dan bendi/terung/timun dsbnya

KUAH BLACK PEPPER

1. Rebus bawang besar dan kentang sehingga lembut. Bila sejuk, blend sehingga halus menggunakan air rebusan tersebut.

2. Panaskan kuali dan leburkan sedikit butter.

3. Masukkan kentang dan bawang yang diblendar

4. Masukkan sos black pepper, sos tiram dan kicap.

5. Tambahkan sedikit serbuk lada putih, gula dan garam.

6. Sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah

7. Masak hingga pekat dan naik bau.

(Boleh dimakan bersama fries, ayam goreng dan lain-lain)

PES NASI GRG IKAN BILIS

1.Blend ikan bilis yang dibuang tulang, bawang merah, bawang putih dan segenggam cili padi.

2. Tumis semua bahan sehingga naik minyak.

3. Masukkan kiub ikan bilis. Kacau sebati sehingga agak pekat/kering. Tutup api.

(Semasa menggoreng nasi boleh tambah fish ball, udang, sotong, isi ayam, sayur-sayuran dan sebagainya.

PES ASAM PEDAS TUMIS

1. Blend cili kering, bawang besar, bwg merah, bawang putih, kunyit hidup, sebiji tomato dibuang biji dan sedikit belacan.

2. Tumis dalam minyak panas.

3. Masukkan serai yg diketuk, gula dan perahan air asam jawa. Kacau sehingga naik minyak.

4. Masukkan garam/perisa.

(Semasa menggunakan pes, tambah air, masukkan daun kesum dan ikan. Juga kacang bendi/timun. Tunggu didih. Tutup api.)

SELAMAT MENCUBA.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r0LM72

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.