Hi! Welcome Back and Stay Tune! Minum Milo Yang Suami Buat. Terus Tertidur. Sedar Dah Ada Dalam Bilik Tanpa Pakaian. Rupa²nya… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Minum Milo Yang Suami Buat. Terus Tertidur. Sedar Dah Ada Dalam Bilik Tanpa Pakaian. Rupa²nya…


Para suami sila jangan pentingkan diri dan nafsu anda. Kesiankan isteri anda, beri mereka rehat untuk memperbaiki dalaman mereka! Mari kita baca coretan sedih dari seorang isteri ini, baru berpantang 20 hari, luka dalaman pun belum pulih dan masih ada darah nifas! tetapi diberi ubat tidur dengan alasan sudah tidak tahan kerana ingin bersama.

Salam warga Info ibu Hamil..tq admin sebab siarkan luahan hati saya. Hari ni saya berpantang 20 hari, semalam adalah kejadian paling buruk ketika berpantang yang berlaku pada saya. Sepanjang saya berpantang, suami saya yang selalu letakkan ubat dekat luka jahitan saya.

Semalam dia ada minta nak “bersama” tapi saya tak nak sebab saya cakap saya masih berpantang, darah nifas belum kering dan luka bahagian dalam belum baik lagi walaupun luka luar dah baik. Lelaki biasa lah bila dengar jawapan macam tu terus buat muka tapi saya jenis tak layan sebab saya risau kalau saya sakit belum tentu dia peduli.

Lepas tu time nak makan, dia mesti sediakan makanan saya. Kita yang breastfeedkan anak selalu haus dan mesti cari air dulu sebelum makan, saya minum lah air milo panas yang dia buatkan untuk saya. Dalam beberapa minit lepas tu, kepala saya pening terus saya tak sedarkan diri. Tiba-tiba saya sedar, saya dalam bilik tanpa pakai baju dan suami saya ada dekat sebelah tengah peluk saya.

Saya kejut suami, tanya apa yang dah jadi? dia senyum je. Lepas tu dia cakap tak tahan sangat. Terus saya tampar muka dia. Rupa-rupanya dia bagi saya ubat tidur dan dia dah meratah saya time saya tak sedar diri. Hmmm… saya tak tahu nak buat apa lagi.

Apa yang akan terjadi dekat diri saya selepas ni sedangkan saya belum habis berpantang. Tolong bagi pendapat, saya risau kalau saya sakit. Satu hari saya berkurung diri dalam bilik. Suami pujuk minta maaf saya langsung tak hiraukan, yang saya hiraukan diri saya dan anak saya je buat masa sekarang. hmmm…

Suami sepatutnya kena faham situasi isteri yang baru sahaja melahirkan anak anda, proses bersalin bukan mudah ya! terpaksa jahit jika ada koyak faraj berlaku, mengapa perlu tergesa-gesa minta untuk bersama? Jika perkara begini berterusan, isteri anda mungkin akan mengalami sakit meroyan kerana terlalu stress dengan tindakkan anda. Jagalah isteri dalam pantang sebaiknya

Sumber: Info ibu Hamil


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rUS8Dl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.