Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembangkang sengaja tular cerita bohong untuk raih sokongan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembangkang sengaja tular cerita bohong untuk raih sokongan

KUALA LUMPUR: Pembangkang sengaja menularkan beberapa isu fitnah menerusi laman-laman sosial untuk memberi gambaran kononnya UMNO sedang berdepan dengan masalah dalaman.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, saban hari pembangkang tularkan ceita-cerita bohong mengenai UMNO dan mendakwa kononnya parti sedang dilanda masalah.

"Itu cuma rekaan dan strategi politik untuk pilihan raya akan datang. Hakikatnya, UMNO berada dalam keadaan terbaik dan mempunyai kekuatan tersendiri untuk berdepan dengan parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

"Setiap kali tibanya musim PRU, pihak pembangkang akan mereka pelbagai cerita termasuk provokasi tetapi hasilnya UMNO tetap menang cemerlang dan masih mampu membentuk kerajaan dengan sokongan rakan komponen Barisan Nasional (BN).

"Kerana kekuatan UMNO yang semakin terserlah, musuh-musuh politik sengaja mereka pelbagai isu untuk memberi gambaran kepada rakyat bahawa UMNO sedang dilanda masalah," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.

Jelas Syed Ali, isu yang dicipta pembangkang itu sebenarnya bersandarkan bahan fitnah, persepsi negatif dan berniat tidak baik terhadap UMNO dan para pemimpinnya.

"Pembangkang termasuk kumpulan anti-kerajaan melancarkan pelbagai dakyah terutama menerusi laman-laman sosial untuk melemahkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pembangkang sengaja menularkan bahan-bahan karut dan sensasi kerana menyedari laman-laman sosial menjadi medium utama generasi muda hari ini," ujarnya.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Wilayah Persekutuan menyebut contoh bagaimana pembangkang sengaja mereka fitnah kononnya populariti Najib selaku Perdana Menteri sudah merundum.

"Menerusi kajian dilakukan oleh sebuah badan pro-pembangkang mereka mendakwa Najib sudah kehilangan sokongan sebaliknya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal menjadi Perdana Menteri.

"Inilah strategi politik fitnah dan perang saraf yang dilihat semakin terdesak dilakukan pembangkang untuk meraih sokongan rakyat," tegasnya.

Syed Ali sebaliknya mempertahankan kedudukan Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang dilihat semakin mendapat sokongan rakyat pelbagai kaum di negara ini kesan daripada beberapa dasarnya yang positif.

Beliau turut menyelar pembangkang yang sengaja menyebarkan cerita bohong kononnya kepimpinan UMNO sekarang ini sedang bermasalah.

"Itu semua cerita karut, satu pembohongan untuk mengabui mata rakyat," tegasnya.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan mana-mana parti politik akan berdepan dengan masalah dalaman tetapi tidak menyifatkannya sebagai sesuatu yang besar dan serius.

"Sasaran UMNO adalah untuk meningkatkan pembelaannya terhadap pelbagai golongan rakyat dan dalam usaha untuk melakukan kebaikkan itu, kadang-kadang tercetus sedikit masalah.

"Isu seperti itu tidak menjadikan UMNO berada dalam keadaan di mana majoriti rakyat sudah hilang sokongan kepada parti dan beralih kepada pembangkang.

"Oleh sebab itu, UMNO tidak ada masalah untuk menghadapi tentangan pembangkang secara terbuka pada PRU akan datang," katanya.

Tambahnya, UMNO kini berada pada tahap bersih dan tidak dibebani masalah besar yang boleh menjejaskan kekuatan parti.

Mengulas kedudukan tiga Exco Pas dalam kerajaan Selangor kekal sehingga PRU akan datang sepertimana dititahkan oleh Sultan Selangor, Syed Ali berkata istana mempunyai pertimbangan yang adil untuk kepentingan rakyat.

"Pihak istana Sultan Selangar sudah semestinya melihat daripada setiap sudut bersabit isu berkenaan.

"Itu hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri Selangor, cuma kita berharap wakil rakyat PAS (exco) yang kekal itu akan meneruskan perkhidmatan terbaik mereka untuk kepentingan rakyat," tegasnya.

Mengenai pertelagahan sesama pembangkang bersabit calon Perdana Menteri, beliau menyifatkan perkembangan tersebut sebagai bahan lawak menjelang PRU ke-14.

"Sepeti sebuah perahu, belum lagi mendayung dah berebut hendak jadi ketua, akhirnya perahu itu bocor dan tenggelam di dasar sungai," ujarnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r035mP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.