Hi! Welcome Back and Stay Tune! Velodrom Nasional Platform Lahir Jagoan Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Velodrom Nasional Platform Lahir Jagoan Dunia

NILAI – Bekas-bekas jaguh berbasikal negara berharap pembukaan Velodrom Nasional yang juga velodrom tertutup pertama di Asia Tenggara menjadi gelanggang terbaik dalam melahirkan lebih ramai pelumba trek berstatus dunia.

Olimpian negara, Rosman Alwi berkata velodrom yang menelan kos sebanyak RM80 juta itu mempunyai segala kemudahan yang diperlukan untuk mana-mana pelumba trek dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi kejohanan tempatan mahupun antarabangsa.

Rosman yang pernah membuat penampilan pada dua temasya Sukan Olimpik iaitu 1984 di Los Angeles, Amerika Syarikat dan 1988 di Seoul, Korea Selatan menjelaskan, teknologi yang digunakan pada velodrom berkenaan adalah setanding dengan velodrom lain yang terdapai di beberapa negara.

“Saya sudah pergi ke banyak velodrom di dunia dan apa yang ada pada Velodrom Nasional ini memang canggih.Teknologi yang terdapat di sini contohnya seperti permukaan trek sangat memuaskan.

“Sekarang kesinambungan kami selaku bekas pelumba kebangsaan disambung oleh (juara keirin dunia), Mohd Azizulhasni Awang namun saya berharap lebih ramai atlet pelapis perlu diketengahkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian velodrom berkenaan di sini, hari ini.

Selain Rosman, tiga bekas jaguh negara iaitu Datuk Ng Joo Ngan, M.Kumaresan dan Josiah Ng serta Mohd Azizulhasni diberi penghormatan merasmikan velodrom berkenaan sambil disaksikan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Berkongsi pandangan sama ialah Joo Ngan, pemenang pingat emas Sukan Asia 1970, yang menyifatkan pembinaan velodrom berkenaan adalah tepat pada masanya memandangkan sukan berkenaan telah berjaya mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa sejak kebelakangan ini.

“Selepas sekian lama, kini kita sudah mempunyai seorang juara dunia.Saya harap dengan adanya velodrom ini, ia mampu memberi semangat kepada ramai lagi pelumba negara untuk turut mencipta nama di pentas dunia,” kata Joo Ngan.

Josiah pula gembira melihat negara ini mampu memiliki velodrom berkelas dunia yang menepati syarat yang ditetapkan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

“Ini adalah detik istimewa untuk saya dan juga bekas jaguh negara yang lain apabila kita memiliki velodrom sendiri yang menjadi impian saya sewaktu kecil dan saya berharap pelumba sedia ada menggunakan sepenuhnya gelanggang ini,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rl2jnB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.