Hi! Welcome Back and Stay Tune! MB Selangor Minta Semua Pihak Hormati Titah Sultan Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MB Selangor Minta Semua Pihak Hormati Titah Sultan Selangor

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kemelut politik di Selangor bagi menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata Sultan Selangor menitahkan supaya barisan Exco kerajaan negeri yang melibatkan keanggotaan pemimpin PAS tidak lagi dijadikan isu selepas baginda memberi perkenan supaya tiga Exco PAS terus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

“InI membuktikan bahawa baginda amat memahami denyut nadi rakyat yang mahu mandat diberi dilaksanakan dengan amanah dan bertanggungjawab.

“Tuanku juga bertitah supaya pihak tidak bertanggungjawab menghentikan spekulasi tentang kestabilan kerajaan negeri dan kita akan laksana mandat ini sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ini titah Tuanku dan semua pihak mesti patuh dan terima,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan upacara pecah tanah pembinaan semula Uptown Shah Alam Seksyen 24 di sini.

Dalam titah khas hari ini, Sultan Sharafuddin berkenan dengan hasrat Mohamed Azmin untuk mengekalkan ketiga-tiga Exco PAS dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sehingga ke tarikh PRU akan datang.

Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata ketetapan itu dibuat selepas baginda menimbang dan meneliti segala aspek terutama dari sudut kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Selangor demi memelihara kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Kerajaan Selangor yang dipimpin Mohamed Azmin mempunyai komposisi Exco yang sama bilangan iaitu masing-masing tiga orang daripada PKR, DAP dan PAS.

Tiga exco PAS ialah Datuk Iskandar Abdul Samad yang memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar; Datuk Dr Ahmad Yunus (Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi) serta Zaidy Abdul Talib (Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani).

Kedudukan Exco PAS dalam kerajaan Selangor menjadi topik hangat apabila Majlis Syura Ulama PAS pada 11 Mei lepas memutuskan supaya parti itu menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR, yang menerajui pentadbiran negeri Selangor kerana tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rUeUec

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.