Hi! Welcome Back and Stay Tune! Galak Pelanggan Guna Sistem JPJ ID Portal Elak Rasuah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Galak Pelanggan Guna Sistem JPJ ID Portal Elak Rasuah

ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah menggalakkan pelangggannya menggunakan sistem dalam talian mereka, JPJ ID Portal bagi mengurangkan risiko berlakunya unsur rasuah.

Menurut Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kedah, Isma Suhaimi Shariff, meskipun penggunaan sistem transaksi dalam talian itu semakin mendapat perhatian awam sejak diperkenalkan oleh Ibu Pejabat JPJ pada 15 Mei lalu, ia masih belum meluas seperti yang diharapkan.

“Apabila transaksi di kaunter berkurangan seperti pembaharuan lesen, permit atau cukai jalan, ia merendahkan risiko berhubung penyalahgunaan kuasa sebab kita percaya ia lebih telus kerana pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu,” katanya di majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan Pelancaran No Gift Policy JPJ Kedah di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad dan Ketua Bahagian Penguat Kuasa, JPJ Kedah, Jamaludin Sharif.

Katanya, pada masa akan datang, sistem tersebut akan dinaik taraf dengan semua urusan yang dilakukan secara dalam talian akan dihantar terus kepada pengguna menggunakan kurier dengan harga yang ditetapkan.

“Buat masa sekarang, pengguna yang menggunakan sistem talian untuk memperbaharui lesen, cukai boleh mengambil transaksi tersebut di kaunter khas di mana-mana cawangan JPJ” jelasnya.

Dalam pada itu, seramai 150 anggota JPJ pelbagai pangkat dan bahagian dari semua cawangan yang mewakili keseluruhan 565 anggota JPJ di Kedah berikrar dan menandatangani IBR sebagai tanda komitmen menjauhkan diri dari daripada perlakuan rasuah.

“Selepas ini, saya akan galakkan semua ketua cawangan untuk melakukan ikrar ini di tempat masing-masing bagi meyakinkan pihak awam bahawa JPJ sangat komited dalam memerangi rasuah memandangkan jabatan ini adalah antara yang paling berisiko.

“Sebab itu saya menekankan dasar tanpa hadiah di mana semua pegawai di bawah saya perlu mengisytiharkan hadiah yang diterima mereka. Kita tidak mahu mana-mana pihak memberi hadiah secara individu yang seterusnya memberi persepsi negatif ke atas jabatan ini,” katanya. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qZ2vWE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.