Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kestabilan Politik Penting Demi Rakyat – DAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kestabilan Politik Penting Demi Rakyat – DAP

KUALA LUMPUR – Exco kerajaan Selangor daripada DAP, Datuk Teng Chang Khim berkata kestabilan politik di Selangor perlu dikekalkan bagi memastikan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat dapat diteruskan.

Justeru, beliau menjunjung dan menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengekalkan barisan Exco kerajaan Selangor sedia ada termasuk tiga daripada PAS.

“Kestabilan politik dalam Selangor pada masa ini amatlah penting. Negeri Selangor memerlukan kestabilan politik untuk mengekalkan kedudukannya.

“Keharmonian juga perlu dipelihara demi menjamin penyampaian kepada rakyat. Hasrat dan mandat rakyat kepada kerajaan Selangor harus dihormati,” tegasnya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Chang Khim pada 13 Ogos 2014 pernah cuba menimbulkan `ketidakstabilan politik’ di Selangor selepas beliau dan beberapa wakil DAP dipecat daripada barisan Exco kerajaan negeri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,

Beliau dan yang lain Ean Yong Hian Wah, Elizabeth Wong, Dr. Daroyah Alwi, Teng Chang Khim serta V. Ganabatirau waktu itu tetap hadir ke pejabat masing-masing di Bangunan SUK, Shah Alam walaupun telah dipecat.

Pendirian terbaru beliau berhubung kedudukan wakil PAS dalam Exco kerajaan Selangor itu turut bercanggah dengan desakan DAP supaya wakil PAS meletak jawatan sejurus PAS memutuskan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). -MYNEWSHUB.CC

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qfHjOP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.