Hi! Welcome Back and Stay Tune! Trend Dan Media Sosial - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Trend Dan Media Sosial

Trend Dan Media Sosial

Asal cantik je, business semua laku. Kata member saya sambil scroll Instagram. Kemudian dia sambung lagi. Biasa je tudung yang dia jual, banyak likes, banyak juga pembelinya. Dia jual, dia juga modelnya. Kemudian dia sebut beberapa Instagramer yang berbisnes dan cantik. Followers ribu-riban. Hari tu saya perhati seorang perempuan ni scroll Instagram, bila sampai kat gambar perempuan yang bermake-up penuh, lama dia tenung gambar tu. Tak lama kemudian, dia like. Saya tak dapat nak agak apa yang dia fikir masa tu.

Sama juga baru-baru ni ada confession tentang seorang perempuan yang insecure dengan body dia, member-member dia yang kurus, rasa dia gemuk dan lain-lain. Senang kata dia rasa dia tak lawa. Apa dia buat, dia strictkan kalori makanan sehingga 500 kcal sahaja sehari. Pastu kena condemn dengan para pembaca. Same goes to dengan few celebrities di Instagram yang kian meng-update scale berat badan mereka yang terdahulu dan terkini yakni semakin kurus. Kemudian ada juga confession tentang golongan anak muda kini yang kian meng-update gambar OOTD (Outfit Of the day) dengan make-up dan baju trend terkini yang serba lengkap.

Tahukah anda bahawa kajian menunjukkan kadar anxiety (kerisauan) meningkat selepas kewujudan Instagram? Malah Instagram dilabel sebagai media sosial yang paling teruk untuk kesihatan mental pengguna.

Beberapa bulan yang lepas, saya ada membuat survey terhadap 80 murid sekolah menengah agama di Perak tentang penggunaan media sosial dan kesannya terhadap psikologi mereka (tingkah laku dan emosi/ behavior dan emotions). 83% menjawab Instagram merupakan media sosial yang mempamerkan idea kecantikkan dan perfection. Facebook, televisyen, twitter dan majalah mendapat ranking ke bawah. Kesannya, 68% tidak berpuas hati dengan badan atau muka atau kedua-duanya sekali, Bukan setakat itu sahaja, 43% daripada respondents mengalami perubahan emosi seperti berasa cemburu dengan kawan-kawan mereka, berasa malu dengan fizikal dan rupa paras mereka, mereka berasa kecewa kerana tidak memiliki tubuh badan/rupa yang cantik dan akhir sekali, mereka tidak yakin dengan diri mereka sendiri.

Dengan rendah hati saya ingin suarakan, jika kajian ini dibuat di sekolah menengah biasa, mungkin kadar atau statistiknya lebih tinggi berbanding di sekolah agama. Trending terkini semakin cepat berubah, sepantas kilat. Dulu-dulu shawl, kemudian baju dan sekarang make-up. Kebanyakkan mereka yang menjadi model make-up adalah belasan tahun. Ramai anak-anak muda semakin terkejar-kejar merealisasikan cantik yang objektif iaitu melalui kecantikkan fizikal, wajah dan bentuk badan. Tapi di Malaysia, saya lihat rupa paras tu lagi penting. Kalau di luar negara, rupa paras dan tubuh badan. Lagikan pula mereka boleh berbikini sesuka hati. Kemudian post di Instagram, mana tak insecure perempuan-perempuan sana. Sebab tu ramai perempuan di sana mengalami eating disorder seperti bulimia dan anoreksia. Tapi jangan ingat di Malaysia tidak ada. Confession yang mengatakan dia makan 500 kcal sehari dan merasa puas bila berlapar pun sudah cukup untuk saya sebutkan di sini.

Malangnya tiada undang-undang yang monitor kecederaan psikologi dari sosial media kecuali Undang-Undang Perkahwinan dan Penceraian 1976. Undang-undang Torts atau bahasa mudahnya Undang-Undang Kecuaian/Kemalangan juga tidak mampu control masalah ini. Ini kerana producer atau pengguna sosial media yang kerap memaparkan beauty ideal tidak mempunyai duty atau tanggungjawab psikologi ke atas mana-mana pengguna pun.

Jennifer Lawrence, pelakon termahal di dunia hari ni ada menyebut, saya tulis di sini (ringkasan) The unobtainable perfect body image and they put those unobtainable pressures on people and people are watching our bodies comparing themselves with us (photoshopped pictures), I feel the media refuse to take the responsibility for the effect that we have on our society and the younger generation.I feel tired of hearing other people called other women fat. I think we need to change the way we see beauty.

Saya tak salahkan Instagram kerana asalnya Instagram itu hanyalah sebuah aplikasi media sosial yang neutral. Saya juga tak salahkan pengguna media sosial yang memaparkan gambar-gambar yang merupakan hak peribadi, kehidupan dan bisnes mereka. Dan saya juga tidak menyalahkan pengguna media sosial lain yang mungkin secara psikologinya terkesan dan kenapa mereka tidak bijak mengawal minda daripada berfikiran negatif.

Namun sebagai pengguna media sosial, secara psikologinya, manusia mudah menyerap banyak benda melalui pancaindera contohnya melalui apa yang mereka lihat, dengar dan sentuh. Dari situ manusia mula berfikir dan membuat spekulasi. Para business make-up, baju, atau pengguna media sosial yang gemar OOTD pula menjalankan tanggungjawab mereka sebagai penjual untuk gain income dengan strategi masing-masing atau urusan lain-lain (yang tidak diketahui).

Keadaan ini sangat subjektif untuk dibincangkan. Apa-apa pun saya ingin menasihatkan agar ibu bapa mengawal dan mengambil kira perubahan tingkah laku anak-anak dalam mengikut peredaran trend. Mungkin para pembaca boleh suarakan pandangan masing-masing?

Bulan

Sumber & Kredit: iiumc



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qwgnFX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.