Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pasangan kekasih berdepan hukuman gantung, bunuh kanak-kanak lelaki - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pasangan kekasih berdepan hukuman gantung, bunuh kanak-kanak lelaki

KOTA TINGGI: Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelaki berusia setahun lapan bulan, anak kepada wanita berkenaan, minggu lepas.

Sofia Nabila Naim, 22, dan Mohd Hanafi Misban, 28, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan sebaliknya hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Salawati Djambari.

Mohd Hanafi merupakan seorang mekanik manakala Sofia tidak bekerja dan kini hamil tiga bulan, hasil hubungan mereka.

Mangsa bayi itu merupakan anak kepada tertuduh wanita hasil hubungan luar nikah dengan lelaki lain.

Kedua-duanya, yang tinggal bersekedudukan, didakwa secara bersama melakukan kesalahan itu ke atas mangsa, Muhammad Zahril Sufyan Abdul Zahir, di sebuah rumah di Blok 4 peringkat dua, Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, antara 7.10 pagi hingga 2.30 petang, 15 Mei lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan dan dibacakan bersama Seskyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Hakim menetapkan 3 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan penuh bedah siasat dan ujian DNA.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Suhaila Shafi''uddin manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qpd4F6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.