Hi! Welcome Back and Stay Tune! 9,000 karton rokok seludup dirampas dari trak berdaftar di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

9,000 karton rokok seludup dirampas dari trak berdaftar di Malaysia

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) merampas 9,000 karton rokok tidak dibayar duti dalam sebuah trak berdaftar di Malaysia pada 2 Jun lepas di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Dalam kenyataan hari ini ACA berkata dalam kejadian pada 9.30 malam itu, seorang pegawai mengarahkan pemandu trak itu seorang lelaki warga Malaysia berusia 33 tahun yang bersendirian, untuk pemeriksaan lanjut.

Semasa pemeriksaan itu, pegawai ICA menemukan rokok yang tidak dibayar cukai tersebut tersembunyi antara konsainan.

Menurutnya, pemandu trak, rokok seludup dan trak berkenaan kemudian diserahkan kepada Kastam Singapura untuk pemeriksaan.

ICA berkata kenderaan yang digunakan untuk melakukan kesalahan sedemikian boleh dirampas.

Jumlah duti dan Cukai Barang dan Perkhidmatan rokok berkenaan masing-masing kira-kira S$740,300 (S$1=RM3.10) dan S$54.630, menurut ICA.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rL7MDl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.