Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anwar Ibrahim Dipersetujui Ketua Umum HARAPAN, Menurut Sumber - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anwar Ibrahim Dipersetujui Ketua Umum HARAPAN, Menurut Sumber





Pakatan Harapan (HARAPAN) sebulat suara bersetuju untuk menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua umum mereka, menurut sumber.

Tiga sumber yang berbeza mengesahkannya dengan Malaysiakini bahawa cadangan itu dipersetujui semasa mesyuarat majlis presiden HARAPAN pada Jumaat yang lalu.

Satu sumber berkata, cadangan itu telah dibuat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Pemimpin BERSATU yang hadir pada mesyuarat itu, bagaimanapun, enggan mengulas ketika dihubungi.

Ini merupakan peralihan dari cadangan awal bulan ini yang dilaporkan untuk Anwar dinamakan sebagai bakal penasihat bersama kepada Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dari segi politik, tindakan itu dilihat sebagai usaha untuk mengangkat Anwar lebih dari sesiapa yang lain, seperti jawatan sekarang dalam PKR sebagai ketua umum.

Ia mungkin juga bertujuan menjadikan cadangan kepimpinan barisan yang baru oleh BERSATU lebih senang diterima.

Ia juga bertujuan menjadikan cadangan kepimpinan barisan yang baru oleh BERSATU lebih baik.
Pada mesyuarat pagi Jumaat yang lalu, BERSATU dilaporkan mencadangkan Mahathir dan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai pengerusi dan presiden pakatan tersebut.

“Jika cadangan (Anwar) adalah benar, ia adalah taktik yang baik untuk membuatkan pemimpin PKR yang masih taksub dengan Anwar bersetuju (cadangan BERSATU),” kata pengulas politik Wan Saiful Wan Jan kepada Malaysiakini.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6RqSz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.