Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dijangka Mengumumkan Sokongan Siri Untuk Lebih Banyak Jenis Aplikasi Pada WWDC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dijangka Mengumumkan Sokongan Siri Untuk Lebih Banyak Jenis Aplikasi Pada WWDC

Pada iOS 10 yang diperkenalkan tahun 2016 lepas, Apple telah memperkenalkan sokongan Siri untuk beberapa jenis aplikasi, terutamanya dibawah kategori tempahan pemanduan, permesejan, carian gambar, pembayaran, panggilan VoIP dan juga kecergasan. Melaluinya, pengguna boleh memberikan arahan suara untuk sesuatu perkara – seperti meminta Uber membuat tempahan pemanduan ke destinasi, dan Siri akan menguruskannya.

Kini, dengan acara WWDC yang akan berlangsung minggu hadapan, Apple dijangka akan mengumumkan perluasan sokongan Siri untuk aplikasi pihak ketiga, meliputi lebih banyak kategori aplikasi yang lain.

Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan lebih banyak mereka menggunakan arahan suara melalui pembantu maya digital berkenaan.

Langkah ini juga sangat penting untuk Apple, memandangkan mereka dijangka memperkenalkan sebuah speaker yang dikuasakan Siri untuk mencabar Amazon Echo dan juga Google Home pada acara yang sama.

Seperti biasa, kita akan mengetahui lanjut mengenai Siri dan ciri-ciri barunya pada awal pagi Selasa akan datang ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5bPLr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.