Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dasyat Hairul Bagi Layanan Pada Hanis, Patutlah Yusuf Pun Rapat Semacam Dengan Mereka Berdua! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dasyat Hairul Bagi Layanan Pada Hanis, Patutlah Yusuf Pun Rapat Semacam Dengan Mereka Berdua!

Dasyat Hairul Bagi Layanan Pada Hanis, Patutlah Yusuf Pun Rapat Semacam Dengan Mereka Berdua!

Lengkap sudah kehidupan berumah tangga pasangan artis Hairul Azreen Idris dan isteri tercintanya Hanis Zalikha Zainal Rashid apabila dikurniakan Yusuf Iskandar lahir pada 3 Jun 2016. Anugerah yang hebat buat insan berdua ini mengharungi kehidupan penuh kebahagiaan dengan warna-warni kehidupan dan ia satu kenangan manis buat pasangan ini pertama kali  menyambut hari raya dengan kehadiran si cilik.

Cara Bahagikan Masa Jaga Anak

Tentu sukar mengurus anak yang masih kecil yang memerlukan perhatian sepenuhnya dari ibu bapanya. Satu cabaran juga jika ibu bapa itu bekerja, penat bekerja belum habis anak pula perlu diberi perhatian. Cara terbaik suami isteri tidak melepaskan tanggung jawab menjaga anak ini kepada satu pihak sahaja, agar beban itu menjadi ringan.

Itulah yang diamalkan oleh Hairul dan Hanis saling membantu dan sepakat untuk susah senang menjaga anak kecil ini.

“Kami berdua bekerja, jadi kami harus faham keletihan masing-masing pada satu-satu masa. Pengorbanan sangat penting untuk sama-sama berganding bahu menjaga keperluan anak kecil. Saya lihat Hairul tidak kekok untuk menjaga anak, mungkin dia telah terbiasa kerana bersama-sama menjaga Yusuf sejak saya berpantang.

“Dua bulan berpantang saya ditemani Hairul. Saya minta dia bercuti selama tempoh saya berpantang agar dapat melalui tempoh berpantang bersama. Jadi Yusuf memang rapat dengan kami berdua.

“Kini dia boleh diharap untuk menjaga Hairul, malah memang dia galakkan saya mengambil Me Time  samada keluar dengan kawan-kawan ataupun membuat rawatan muka dan sebagainya. Waktu itu dia akan jaga Yusuf, selain waktu saya bekerja,” kata Hanis gembira punya suami begitu prihatin.

Bergilir jaga anak

Hairul yang setia disisi isterinya turut mencelah mengatakan segala yang dibuatnya itu hanya satu pengorbanan yang kecil. Berbanding tempoh sembilan bulan mengandungkan Yusuf yang pernah dilalui oleh isterinya itu.

“Saya ingat lagi betapa Hanis terpaksa melalui alahan yang teruk sepanjang tempoh kehamilan. Timbul juga perasaan kasihan dan ingin membantunya untuk meringkan beban yang ditanggung. Tapi mana mungkin alahan tersebut dapat dipindahkan kepada saya.

“Jadi setelah Yusuf dilahirkan, saya cuba untuk memberikan yang terbaik untuk Hanis. Saya akan pastikan Hanis dapat rehat secukupnya. Memandangkan sudah seharian Hanis menjaga Yusuf, pada waktu malam pula biarlah saya yang menjaga anak. Kiranya saya ambil shift malam dan Hanis shift siang,”ujar Hairul yang membahasakan daddy kepada anak kesayangannya itu.

Menyambung ceritanya, menjaga Yusuf semasa Hanis berpantang antara pengalaman istimewa dan baru bagi dirinya dan isteri. Hairul mengatakan dia pernah tidak tidur sepanjang malam akibat menjaga Yusuf yang meragam. Segala yang dibuatnya untuk memujuk tidak menjadi.

Kini melihat dirinya memujuk Yusuf yang tiba-tiba menangis sudah tidak menjadi kesukaran buat Hairul. Diberinya Yusuf susu, masih tidak menjadi, didakapnya namun Yusuf masih lagi menangis. Hairul kemudiannya mengagahsi cilik itu. Tiba-tiba sahaja Yusuf berhenti dan tersenyum girang melihat wajah daddynya itu.

Cerita Raya Tahun Ini

Sudah pasti perasaan teruja buat Hairul dan Hanis dalam membuat persiapan raya lebih terasa  kali ini. Segala yang terbaik disediakan terutamanya buat anak lelaki kesayangan mereka. Tidak dilupakan kata Hanis dia turut membuat persiapan menghias rumah dan persediaan untuk menyambut tetamu.

Dari segi pakaian baik Hanis dan Hairul  bersyukur mereka tidak perlu risau fesyen yang diingini. Ini kerana mereka dilantik menjadi duta pakaian raya kepada Jakel.

“Untuk baju raya saya telah bersiap lebih awal apabila saya sendiri yang memberi sumbangan dalam penghasilan koleksi baju Raya Yusuf Iskandar & baju Raya Hairul Azreen oleh Jakel. Bila dilantik sebagai duta itulah tanggungjawab yang saya amat titikberatkan demi memastikan kami nampak cantik dalam busana koleksi kami, seterusnya beraya dan bergaya dengannya,”kata Hanis lagi yang turut menjaga kecantikan dan kesihatan dengan mengambil minuman Toujours Advanced Collagen Shots untuk kesihatan dalaman dan kulit yang berseri dalam meraikan hari raya dan menyambut kedatangan tetamu.

Sebelum mengakhiri bicara mereka sempat mengucapkan ucapan hari raya, “ Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin untuk semua yang mengenali kami.”

Semoga kebahagian akan mengiringi setiap langkah dan perjalanan yang diambil oleh pasangan yang sama cantik dan sepadan ini.
 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tJ2pmP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.