Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jemaah Malaysia Jangan Panik - TH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jemaah Malaysia Jangan Panik - TH


PUTRAJAYA: Jemaah Malaysia yang akan menunaikan ibadat Haji tahun ini dinasihatkan tidak panik berikutan kejadian letupan berhampiran Masjidil Haram di Makkah.

Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya akan menghantar pasukan keselamatan untuk mengiringi jemaah Haji di Makkah untuk memastikan keselamatan mereka terjamin.

Katanya, jemaah pertama yang dijadualkan menaiki penerbangan pada 24 Julai ini dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan pihak TH supaya dapat menunaikan ibadat dengan selamat.

"Sememangnya apa yang berlaju di negara teluk ini membimbangkan seluruh rakyat negara ini, terutama jemaah dan ahli keluarga mereka.

"Kita akan pantau dan akan ada pasukan keselamatan khusus pada tahun ini, malah saya sendiri akan berada di sana (Makkah)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2017 di kediaman rasmi Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Tambah beliau, TH juga akan membuka dua bilik gerakan di Kelana Jaya dan Makkah, khas untuk memantau segala maklumat berkaitan jemaah Malaysia kepada ahli keluarga di negara ini.

"Kita menjalin kerjasama dengan kerajaan Arab Saudi khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"TH juga akan meminta bantuan daripada KDN dan Kementerian Pertahanan untuk bantu dari segi keselamatan," katanya.

BH Online semalam melaporkan, sekurang-kurangnya 11 orang, termasuk enam jemaah umrah asing cedera selepas seorang pengebom nekad yang menyasarkan kota suci Makkah meletupkan dirinya.

Insiden berlaku di sekitar Masjidil Haram, ketika ribuan jemaah berkumpul untuk menunaikan solat Jumaat terakhir Ramadan tahun ini. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s9Ynli

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.