Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua sahabat maut nahas malam Raya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua sahabat maut nahas malam Raya

SETIU: Dua sahabat menemui ajal pada malam menjelang Aidilfitri apabila motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan beberapa motosikal lain dalam kejadian di Km 8 Jalan Chalok-Telaga Papan  di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira 11.20 malam itu menyebabkan Muhammad Zulhelmi Mohmad Zaini,17 dan Mohd Hanafiah Shapi@Shapie, 26 maut di tempat kejadian.

Nahas turut menyaksikan pemandu kereta Mohd Suhaimizan Mohamad, 20 cedera parah manakala dua lagi penunggang motosikal mengalami kecederaan iaitu Amir Salleh,17 dan Mohd Amirudin Abd Aziz, 26.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Supt Abd Razak Hasan berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dari arah Chalok itu bertembung dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan.

Pelanggaran menyebabkan kereta itu terpusing ke sebelah kanan dan dirempuh oleh tiga lagi motosikal, menyebabkan kesemua penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan tercampak, katanya kepada Bernama.

Kesemua mangsa termasuk dua yang maut dibawa ke Hospital Setiu, katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4DooN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.