Hi! Welcome Back and Stay Tune! [UPDATE] Hiba namun reda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

[UPDATE] Hiba namun reda

am@hmetro.com.my

"Kami reda dengan pemergian mengejutnya dan ketibaan 1 Syawal hari ini disambut hiba buat kami sekeluarga," kata Nafiah Ibrahim, 63, ibu Hilmi Hassan, 32, yang meninggal dunia selepas dipanah petir di Kampung Lalang Luas, Pulai Chondong, Machang semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu,mangsa bersama enam rakan termasuk abangnya Hasmady, 42, dan anak saudara, Hadi Asyaraff Hasmady, 10, sedang melapah kerbau untuk sambutan 1 Syawal.

Menurut Nafiah, aktiviti melapah kerbau itu dibuat setiap tahun oleh arwah dan rakannya setiap kali menjelang hari raya.

"Ketika kejadian, saya berada di rumah sebelum dihubungi anak yang memaklumkan cucu saya dipanah petir dan ketika itu dia belum beritahu Hilmi maut. Sejurus tiba di hospital baru saya mengetahui Hilmi meninggal dunia.

"Bagaimanapun, saya bersyukur Hadi Asyraff dapat diselamatkan walaupun denyutan jantungnya terhenti seketika.

"Alhamdulillah, cucu saya sekarang stabil dan kini dirawat di Hospital Kuala Krai," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Riong, Machang, hari ini.

Menurutnya, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pangkal Kerdas, Labok selepas solat sunat Aidilfitri.

Isteri mangsa, Farah Wahida Sohok, 33, berkata, terdahulu arwah suaminya pernah berpesan supaya menjaga ibunya dengan baik selepas dia tiada.

"Saya hanya mengiyakan dan tidak menganggap ia satu pesanan yang pelik. Dia juga tidak mahu membeli pakaian raya pada tahun ini kerana dianggap membazir.

"Saya reda dengan pemergiannya dan raya tahun ini sudah tiada makna bagi saya," katanya.

Harian Metro melaporkan, seorang lelaki maut dan dua lagi cedera selepas dipanah petir ketika melapah lembu untuk sambutan Aidilfitri di kawasan padang di Kampung Lalang Luas, Pulai Chondong, Machang, semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, mangsa, Hilmi Hassan, 32, meninggal dunia di Hospital Machang dan dua mangsa iaitu lelaki 46 tahun dan kanak-kanak 10 tahun dirawat di hospital sama kerana cedera.

Empat lagi rakannya berusia 37 hingga 55 tahun tidak cedera.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPJTHV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.