Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Hantu Kanak-Kanak’ Tidur Sebelah Bayi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Hantu Kanak-Kanak’ Tidur Sebelah Bayi

SEORANG ibu mendedahkan imej menakutkan yang berjaya dirakam unit paparan video semasa anaknya yang berusia 18 bulan sedang tidur.

Rakaman itu menunjukkan anaknya seolah-olah ditemani satu bayang-bayang seolah-olah mirip seorang bayi lain di dalam kot.

Laura Haigh dan pasangannya, Dean Evans memasang perakam itu selepas anak mereka, Sebastian Evans cuba memanjat kot di kediaman mereka di Plymouth, Devon, bulan lalu.

Namun ibu empat cahaya mata itu terkejut apabila terlihat bayang-bayang seorang lagi bayi lain yang baring bersebelahan dengan anaknya.

Jurubina bot, Dean, 42, bergegas ke tingkat atas dengan harapan imej bayang-bayang itu adalah patung beruang milik anaknya tetapi mendapati Sebastian sedang tidur bersendirian.

Malah, imej itu kekal dirakam dan kedudukannya turut berubah.

Laura mengakui tidak pasti dengan imej tersebut dan yakin ia tidak berniat untuk mengganggu Sebastian yang kelihatan sedang nyenyak tidur.

“Apabila saya menyedari imej itu muncul di tepi kot, saya meminta adik saya untuk melihatnya menerusi Skype tetapi tiada apa di sana.

“Ada kalanya Sebastian akan membawa bersama anak patung beruangnya. Pada mulanya saya fikir ia mungkin patung beruang itu tetapi ia kelihatan pelik,” kata Laura.

Namun ia bukan kali pertama keluarga Laura berdepan kejadian paranormal itu.

Sebenarnya Laura sering terdengar bunyi bising di dalam rumah mereka dan terlihat gambar di dinding seolah-olah diterbalikkan.

“Sebastian ok. Saya fikir dia boleh melihat imej itu kerana dia akan duduk di dalam kot tersebut dan tersenyum seorang diri,” katanya.
Sumber: MStar



Sumber ‘Hantu Kanak-Kanak’ Tidur Sebelah Bayi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sPJYg9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.