Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesawat AirAsia X berpatah balik susulan masalah teknikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesawat AirAsia X berpatah balik susulan masalah teknikal

KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia X dalam penerbangan dari Perth, Australia ke Kuala Lumpur hari ini terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth selepas berlepas tiga jam akibat masalah teknikal.

Menurut kenyataan AirAsia X, pesawat  D7237 dengan 359 penumpang berlepas pukul 7 pagi tadi (waktu  tempatan) dari Perth menuju ke Kuala Lumpur tetapi terpaksa berpatah balik dan selamat mendarat di Lapang Terbang Perth pada jam 10 pagi.

Sementara itu, AirAsia dalam kenyataan berkata anak kapal sedang mengambil langkah keselamatan untuk memeriksa pesawat itu.

Ia berkata beberapa penumpang dari penerbangan itu akan dipindahkan ke penerbangan seterusnya lewat hari ini.

"Keselamatan penumpang adalah keutamaan kami,”menurut kenyataan syarikat penerbangan itu.​​​​​

Mengulas insiden itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata adalah menjadi prosedur biasa untuk sesebuah pesawat berpatah balik jika berkaitan dengan isu-isu teknikal.

"”Tindakan berpatah balik adalah pilihan terbaik untuk memastikan keselamatan penumpang serta mengelak kemalangan.

"Sebaik sahaja terdapat masalah teknikal, syarikat penerbangan perlu mematuhi langkah-langkah keselamatan.

Isu keselamatan adalah keutamaam kami...sebab itu di Malaysia, pihak kawalan trafik udara serta standard Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) berhubung keperluan teknikal perlu dipatuhi,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sempena Aidilfitri di Seri Perdana di sini hari ini.

Liow berkata kementeriannya akan meminta laporan daripada AirAsia berhubung insiden tersebut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sEI4AI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.