Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mohd Nirwan si Budak Api [METROTV] - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mohd Nirwan si Budak Api [METROTV]

 BIARPUN bapanya pernah melecur separuh muka ketika membuat persembahan semburan api, ia tidak mematahkan semangat remaja ini untuk menonjolkan bakat yang sama.

Mendapat gelaran Budak Api atau 'Fireboy', Mohd Nirwan Roslee, 14, sentiasa mencuri perhatian orang ramai ketika membuat persembahan ekstrem menyembur api dan memasukkan api ke dalam mulut.

Peristiwa bapanya yang pernah terbakar di muka ketika beraksi sekitar 2010, sedikit pun tidak menghalang anak bongsu daripada tiga beradik ini untuk meneruskan legasi bakat bapanya yang sudah berhenti untuk bermain api selepas insiden itu. 

Mohd Nirwan atau mesra disapa Dik Wan berkata, semuanya bermula apabila dia bermain menyembur air di bilik mandi dan bakatnya itu dilihat bapanya sebelum dilatih untuk bermain api.

"Mula-mula agak takut sebab ketika itu saya masih kecil tetapi sepanjang persembahan, ayah sentiasa ada disamping saya bagi menjaga keselamatan.

"Selepas lapan tahun menjadi Fireboy, saya bertambah selesa dan seronok membuat persembahan kerana selain dapat menghiburkan orang ramai, saya berpeluang mencari duit poket sendiri.

"Ayah akan beri semua duit itu kepada saya tanpa membahagikannya. Ayah cakap itu usaha saya sendiri," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Dik Wan, selain membuat persembahan di Uptown Kota Damansara ketika waktu cuti sekolah dan hujung minggu, dia turut menerima tawaran membuat persembahan di majlis lain dengan bayaran tidak lebih daripada RM500.

Katanya, meskipun aktif dengan persembahan Fireboy, Dik Wan tidak pernah mengabaikan pelajarannya dan perkara itu sangat dititikberatkan oleh bapanya.

Bapa, Roslee Yusop, 48, berkata, dia cukup tegas dengan soal pendidikan anak-anaknya walaupun membenarkan mereka mencari duit poket sendiri ketika usia remaja.

"Saya tidak akan membenarkan Dik Wan membuat persembahan ketika hari persekolahan atau musim peperiksaan kerana mahu dia menumpukan sepenuhnya pada pelajaran.

"Saya juga tidak pernah memaksa Dik Wan untuk membuat persembahan, itu semua atas kehendak dan minat dia sendiri untuk menjadi penghibur jalanan seperti saya," katanya yang juga seniman jalanan.

Menurut Roslee, biarpun lebih 20 tahun dia mencari rezeki sebagai seniman jalanan seperti menjadi badut, si kaki panjang dan juga maskot, dia sedikit terkilan dengan segelintir masyarakat yang memandang serong terhadap kerjaya itu.

"Biarpun ada yang memandang negatif kepada kami sebagai penghibur, namun masih ramai yang menghargai kerja kami kerana mereka cintakan seni. Sebab itu kami masih belum berhenti menghiburkan orang.

"Lagipun, kerja saya ini halal untuk menyara isteri serta tiga anak," katanya yang mampu memperoleh pendapatan sehingga RM4,000 sebulan bersama Dik Wan.

Menurutnya, antara tiga anaknya, hanya Dik Wan yang boleh mempersembahkan aksi bermain api manakala dua lagi anak perempuannya tidak dapat mewarisi bakat seninya kerana mempunyai masalah kesihatan sejak kecil.

Roslee sebelum ini pernah melecur separuh muka ketika membuat persembahan api menyebabkan dia terpaksa menanggung kesakitan selama lima bulan sebelum berhenti bermain api.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s5t2Fg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.