Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Despacito Raya’ Shabery Cheek Dapat Sambutan Netizen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Despacito Raya’ Shabery Cheek Dapat Sambutan Netizen

KUALA LUMPUR – Klip video ‘Despacito Raya’ yang menampilkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bermain drum tular di media sosial dengan kira-kira 2,400 tontonan di YouTube.

Lagu terbaharu nyanyian Justin Bieber, Luis Fonsi dan Daddy Yankee berjudul Despacito yang digubah semula liriknya kepada versi hari raya itu turut mendapat hampir 1,200 ‘like’ di Facebook manakala 1,722 retweets dan 1,005 likes di Twitter.

Video berdurasi 1 minit 47 saat itu selain memaparkan Ahmad Shabery bermain drum turut disertakan beberapa klip video program yang disertai menteri berkenaan.

Video yang digubah semula oleh Damian Mikhail feat Amira Aman dan Farique Frequensi NSSN dimuat naik pada 23 Jun sempena sambutan Hari Raya.

Ia merupakan terbitan Damian dan Umair Al Z dengan liriknya oleh Farique.

Despacito Raya boleh ditonton di Facebook dan Twitter rasmi Ahmad Shabery. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t9qhmu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.