Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kementerian Pendidikan siasat video pelajar mabuk dibuli rakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kementerian Pendidikan siasat video pelajar mabuk dibuli rakan

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan sedang menyiasat video memaparkan sekumpulan remaja berpakaian uniform sekolah mengganggu rakan mereka yang dipercayai mabuk, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan.

Perbuatan berkenaan dipercayai berlaku di luar kawasan sekolah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai video berkenaan semasa ditemui di Majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana, di sini, hari ini.

Video dua minit setengah itu dipercayai membabitkan lapan orang pelajar dimuat naik ke akaun Facebook Malaysian Tamilar Kural, Khamis lepas

Dalam video itu, kesemua mereka juga dilihat saling berbalas kata-kata tidak sopan dalam bahasa Tamil.

Kamalanathan berkata kementerian memandang berat akan hal itu dan akan berusaha menyelesaikan masalah disiplin pelajar secara total termasuk menyasarkan sifar kes buli.

Kementerian Pendidikan akan sentiasa terima pandangan dan teguran orang ramai untuk bantu dalam menyelesaikan masalah itu, katanya.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQgxt0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.