Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia kutuk serangan di Pakistan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia kutuk serangan di Pakistan

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mengutuk serangan kejam di Karachi, Quetta dan Parachinar di Pakistan pada Jumaat malam.

Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini berkata kerajaan melahirkan takziah yang amat sangat dan simpati kepada kerajaan Pakistan dan keluarga para mangsa.

Ia mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilapor terlibat dalam kejadian itu.

"Menjadi harapan kita agar pelaku jenayah keji itu akan dibawa ke muka pengadilan," kata kenyataan itu lagi dan menambah bahawa Kementerian Luar menerusi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Islamabad dan Konsul Jeneral di Karachi akan terus memantau keadaan di sana.

Serangan menjelang Aidilftri itu membunuh sekurang-kurangnya 80 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sEP5RP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.