Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peh Mira Filzah melaram 20 pasang baju raya sepanjang Syawal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peh Mira Filzah melaram 20 pasang baju raya sepanjang Syawal

AMBOI… banyaknya baju raya? Ingatkan Che Ta dan Zain Saidin saja yang muncul dengan puluhan koleksi baju raya setiap tahun. Pelakon Mira Filzah pun sama nampaknya.

Mira Filzah berkata dia bakal mengayakan lebih 20 pasang baju sepanjang Syawal ini.

Pelakon drama Meh Sandar Pada Aku ini berkata, baju-baju tersebut ditaja oleh jenama tekstil terkenal, Ariani apabila dia dilantik menjadi duta jenama itu.

“Alhamdulillah, tahun ini saya tidak perlu beli baju raya kerana saya dapat lebih 20 helai baju. Bolehlah saya gunakan untuk hadir sepanjang Aidilfitri ini,” ujarnya kepada mStar Online.

Bercerita tentang Aidilfitri, pelakon berusia 24 tahun ini memberitahu sudah sepakat dengan keluarganya untuk menggayakan pakaian berwarna sama.

“Setiap tahun kami akan menempah baju daripada kain yang sama sekeluarga. Ia menjadikan ia lebih meriah dengan semangat dan keterujaan untuk sambutan tersebut.

“Tahun ini masih mengekalkan tema warna tetapi kain lain-lain, mereka tahu saya sudah ada baju sendiri,” ujarnya.

Mira yang beraya di Perak memberitahu kuih kegemarannya ialah wajik dan seri muka yang dibuat oleh keluarga sebelah ayahnya.

“Setiap tahun kuih wajib yang pasti akan ada ialah wajik dan seri muka, ia memang kuih kegemaran kami sekeluarga. Susah nak cakap sedap kuih itu lain macam,” ujarnya.
Sumber: MStar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sakW9E

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.