Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dicekup cabul remaja 15 tahun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dicekup cabul remaja 15 tahun

Tindakan terkutuk seorang lelaki mencabul remaja perempuan berusia 15 tahun di parkir kereta di sebuah pusat beli-belah di Cheras Selatan Balakong, mengundang padah.

Kejadian kira-kira jam 4 petang kelmarin  berlaku ketika mangsa bersama tiga rakannya pergi membeli-belah di pasar raya terbabit.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, apabila sampai di pasar raya terbabit, mangsa menyedari beg miliknya tertinggal di dalam kereta sebelum mangsa berpatah balik untuk mengambil begnya.

“Semasa mangsa sedang berjalan menuju ke kereta, mangsa telah diekori seorang lelaki yang tidak dikenali dari arah belakang sebelum bertindak meraba punggung mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu telah menjerit meminta tolong sebelum melarikan diri,” katanya.

Tambahnya, bagaimanapun, lelaki berusia 26 tahun itu masih mengejar mangsa dan cuba memeluk tetapi tidak berjaya.

Othman berkata, mangsa telah menceritakan kejadian itu kepada rakan-rakannya yang kebetulan mencari mangsa. Pada masa yang sama, rakan perempuan mangsa juga memberitahu telah dipeluk dari belakang oleh lelaki terbabit.

Susulan  itu, mangsa bersama rakannya telah meminta bantuan pengawal keselamatan dan polis sebelum menahan lelaki terbabit di kawasan tersebut.

“Semakan telah dibuat, tiada rekod jenayah pada suspek selain ujian air kencing yang negatif.

“Suspek kini direman tiga hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,”katanya

The post Dicekup cabul remaja 15 tahun appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qSZGo7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.