Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tindakan yang perlu dikecam - KJ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tindakan yang perlu dikecam - KJ

KLUANG, JOHOR - Dua lelaki yang menimbulkan kekecohan dan provokasi sehingga mencederakan seorang lelaki di Bazar Ramadan Bandar Kluang, petang semalam telah menyerah diri di Ibu Pejabat  Daerah (IPD) Kluang, jam 1.40 tengah hari tadi. 
Insiden yang dirakam dan viral di media sosial dikecam netizen termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkan tindakan sekumpulan lelaki itu sebagai tindakan yang perlu dikecam. 
"Tindakan yang perlu dikecam, lebih-lebih lagi pada bulan puasa. Tak perlu kita bertindak seperti ini walaupun berbeza pandangan politik," tweetnya pagi tadi. 
Dalam insiden tersebut, sekumpulan enam lelaki dilaporkan membuat provokasi dan menghalau beberapa anggota pembangkang yang sedang mengedarkan kurma kepada pengunjung bazar. 
Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong, 39, membuat laporan polis berhubung insiden itu yang juga telah menyebabkan salah seorang anggotanya ditumbuk di dahi kiri. 
Dua lelaki yang terlibat dalam kekecohan itu, Ali Itik dan Mustakim kemudian menyerah diri di IPD Kluang dan ditahan sebelum dibebaskan semula dengan jaminan polis selepas diambil keterangan. 
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, salah seorang daripada suspek mengaku menumbuk mangsa, manakala seorang lagi mengaku menolak mangsa yang lain. 
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 akta yang sama kerana ugutan jenayah. 

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam teruk dua lelaki terbabit yang dianggap terlalu taksub dengan politik sehingga sanggup menjatuh maruah diri dan agama Islam. 
Netizen juga mendapati, lelaki yang mengaku dirinya sebagai 'Imam' dalam video viral itu sebelum ini juga pernah menimbulkan kekecohan yang sama beberapa tahun yang lalu. 
Sumber: Berita Harian & Harian Metro


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2t9fHYC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.