Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki Hina Islam Di Facebook Dihukum Mati - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki Hina Islam Di Facebook Dihukum Mati



ISLAMABAD: Seorang lelaki Pakistan dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah menghina Islam di Facebook kata peguamnya, semalam.

Hakim Shabbir Ahmad Awan menjatuhkan hukuman mati kali pertama membabitkan kesalahan di media sosial itu di Bahawalpur, kira-kira 600 kilometer di selatan ibu negara Pakistan.

Pegawai pendakwa Shafiq Qureshi berkata, Taimoor Raza didapati bersalah kerana menghina Nabi Muhammad menerusi laman media sosial itu.

Peguamnya Rana Fida Hussain berkata, Taimoor bertengkar dengan seorang pegawai dari jabatan antikeganasan, yang mendorong beliau mendakwanya berdasarkan komen yang dibuat di laman sosial terbabit.

Rana berkata anak guamnya tidak bersalah dan beliau akan mengemukakan rayuan.

Menghina Islam adalah dakwaan amat sensitif di Pakistan, yang boleh mencetuskan rusuhan dan keganasan walaupun belum terbukti. - AFP


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2riACHj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.