Hi! Welcome Back and Stay Tune! Masyarakat Cenderung Bermentaliti Kambing - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Masyarakat Cenderung Bermentaliti Kambing

Semasa hari Ahad baru ini, aku keluar makan malam dengan cikgu. Masa itu aku masih lagi serabut memikirkan kenapa manusia bangang lebih ramai daripada manusia cerdik.

Aku fikir macam ini, mungkin sebab kekecewaan aku terhadap manusia dalam mentadbir Bumi dan penduduknya. Aku taburkan kekecewaan aku itu dengan menulis dua buah artikel sebelum ini berkenaan psikologi kelompok manusia.

Kali ini aku nak kongsi idea daripada filsuf terkenal, Friedrich Nietzsche berkenaan kehidupan masyarakat manusa.

Banyak karya dia seperti ‘On the Geneology of Morality’, ‘Beyond Good and Evil’, ‘Human All to Human‘ dan ‘The Will to Power’ yang sembang pasal moraliti dan mentaliti manusia.

Menurut Nietzsche (mampuslah nak taip nama dia membuatkan penulisan aku jadi perlahan), manusia cenderung untuk tidak mempersoalkan secara kritikal sama ada suatu perkara itu baik ataupun buruk.

Secara tak sedar mereka mengangkat nilai hukum baik dan buruk berdasarkan dominasi masyarakat.

Tamadun Barat, menurut Nietzsche telah mengamalkan moraliti yang berlawanan dengan fitrah kehidupan manusia itu sendiri selama 2,000 tahun.

Nietzsche menamakan moraliti ini sebagai ‘anti-natural’ yang sangat berbahaya sehinggakan individu biasa yang berpotensi mampu ditekan menjadi individu yang bermentaliti kambing yang bersetuju dengan apa saja yang masyarakat bawa.

Nietzsche membahagikan manusia kepada dua jenis, iaitu manusia tertinggi (higher human beings) dan manusia kambing (herd).

Aku nak sembang yang kambing-kambing inilah sebab penjelasan Nietzsche berkenaan manusia tertinggi ini aku tak setuju sepenuhnya. Tambahan lagi, aku fikir itu perspektif dia sebab dia suka menyendiri. Dan lagipun, memang fokus artikel ini nak sembang pasal mentaliti kambing itu.

Tapi, aku ringkaskan, manusia tertinggi ini menurut Nietzsche adalah tokoh-tokoh yang kau orang kenal. Tak kisah siapa pun. Yang kau orang nampak bagi sumbangan besar pada masyarakat. Dia dah mati, ideanya terus hidup.

Menurut Nietzsche orang yang bermentaliti kambing adalah komposisi manusia yang paling ramai. Dan terbahagi kepada dua kelompok iaitu manusia terakhir (the last man) dan hamba (the slave).

‘Manusia terakhir’ adalah golongan terbaik dalam kalangan masyarakat kambing. Manusia hidup untuk dapatkan keselesaan dan kepuasaan peribadi semata-mata. Manusia ini buta daripada sebarang kreativiti.

Manusia terakhir ini ada potensi untuk menjadi manusia tertinggi, tapi sebab tekanan masyarakat (society) dan arus perdana, ia membuatkan mereka hidup hanya untuk meneruskan hidup (survival).

Manusia hamba pula adalah golongan yang paling lemah. Golongan yang memenuhi dirinya dengan kekecewaan dan kebencian terhadap realiti hidup. Lalu, merasakan dirinya terancam dan ditekan oleh arus perdana dan dominasi masyarakat.

Daripada sini, mereka hilang penilaian (judgement) terhadap suatu perkara dan kejadian, dan cenderung menurut arus. Lantas, inilah mentaliti kambing.

Mentaliti ini berbahaya menurut Nietzsche kerana ia mampu membawa manusia yang berpotensi jadi menusia tertinggi ikut sekali masuk dalam kelompok mereka.

Benda ini bukan perkara baru, kita boleh lihat di mana-mana manusia berpotensi yang dihalang oleh ibu bapa, kawan-kawan atuapun sistem yang membelenggu.

Mentaliti ini akan membawa manusia dan memikat manusia dengan bentuk-bentuk ‘keselesaan’ menjadi manusia biasa lalu meringkan ‘beban’ menjadi manusia istimewa.

Kalau mentaliti ini menjadi terlalu efektif, budaya nihilism akan berleluasa. Nihilism ini adalah fahaman penilaian moral tidak berdasarkan keagamaan ataupun prinsip fitrah manusia, tetapi terbentuk hasil daripada maksud ‘hidup adalah tak bermakna’.

Manusia akan cenderung dengan budaya ‘hedonism’ yang matlamat hidup hanya untuk berseronok dan keselesaan semata-mata. Dan nilai akan diangkat sebagai nilai tertinggi.

Sebenarnya idea yang Nietzsche bawa adalah untuk tidak mensia-siakan manusia menjadi insan yang berpotensi. Tidak menutup bakat-bakat manusia yang menyumbang pada masyarakat.

Perkara ini terhalang kerana suara masyarakat yang merana dengan realiti hidup. Sistem dibentuk hasil daripada penderitaan itu. Kemudian, manusia tertinggi ini mudah ditarik ke bawah.

Aku tak ingat dah siapa yang kata, Carl Jung kot, katanya, manusia paling berpotensi melakukan kemusnahan dan kebodohan apabila berkelompok.

sumber: thepatriots



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ruj1A8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.