Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penangan Jakel, ribuan manusia bersesak banjiri pintu masuk Jakel Mall - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penangan Jakel, ribuan manusia bersesak banjiri pintu masuk Jakel Mall

Belum pun sampai 10 hari umat Islam menjalani ibadah puasa, warga kota sudah berpusu-pusu menyerbu gedung tekstil terkemuka negara.

Ribuan manusia mula membanjiri pintu masuk Jakel Mall, Kuala Lumpur sebaik lepas waktu buka puasa pada Sabtu.

Biarpun keadaan sesak, orang ramai dilihat tidak kisah untuk berasak-asak demi mendapatkan baju raya pilihan mereka.

Dalam tempoh kurang sejam, video yang dikongsikan di facebook Rotikaya itu sudah mencecah 43,000 tontonan dan 1,500 likes.

Pengguna facebook, Nurul Wahidah Mohamad Kassim berkata, dia terkejut melihat pelanggan yang terlalu ramai di gedung tekstil itu.

“Mak ai ramainya orang. Kalau ramai macam ni selesa ke nak pilih kain dan baju?,” soalnya di ruang komen.

Sementara itu, bagi Mimin SSi, dia mengakui harga pakaian yang ditawarkan di Jakel Mall lebih berbaloi berbanding pembelian dalam talian.

“Berbaloi beli dekat Jakel baju Melayu sepasang, samping, butang baju, baru RM80. Daripada yang beli online, baju kurta sahaja pun sudah RM89,” katanya.

Rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen kerana beranggapan rakyat Malaysia membeli persiapan raya terlalu awal memandangkan bulan Ramadan baru masuk hari kelapan.

Pun begitu, kebanyakan mereka yang berkunjung ke gedung tekstil berkenaan tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan baju idaman mereka pada harga runtuh.

Dipercayai, situasi sesak tersebut berlaku kerana warga kota ingin memanfaatkan cuti hujung minggu untuk membeli kelengkapan Aidilfitri.
Sumber: MStar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rQFhoI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.