15 Orang Anak Ibu Ini Dibunuh Oleh Orang Kampungnya Dengan Cara Dibuang Di Sungai Yang Penuh Dengan Buaya Di Sungai Dan Ada Dibiarkan Mati Di Dalam Hutan Kerana Dianggap ‘Membawa Malang’ Kepada Puak..
Buko Balguda melahirkan 15 orang anak yang diisytiharkan sebagai sumpahan atau ‘mingi’ oleh golongan tua puak Karo dan dibunuh semasa dilahirkan.
Anak ‘mingi’ dianggap sebagai pembawa malang kepada penduduk kampung dan mereka akan dicampak kepada buaya di sungai atau dibiarkan mati di dalam hutan.
Antara sebab mengapa anak itu diisytiharkan ‘mingi’ termasuk anak luar nikah, anak kembar dan anak yang tumbuh giginya di bahagian atas dahulu sebelum di bahagian bawah semasa bayi.
Walaupun kepercayaan ini telah diharamkan oleh kerajaan Ethiopia, dianggarkan terdapat lebih kurang 300 bayi dan kanak-kanak masih meninggal dunia dengan kepercayaan karut ini.
Buko Balguda berusia 45 tahun berasal dari Duss, sebuah perkampungan puak Karo di Lembah Omo di Ethiopia Selatan dan dia hidup bersendirian menanggung azab sepanjang hidupnya. Tujuh anak lelaki dan lapan anak perempuannya semuanya telah dibunuh oleh golongan tua di kampungnya yang memutuskan anak-anaknya sebagai pembawa malang dan disumpah.
“Saya kehilangan anak 15 orang kesemuannya.” jelas Buko Balguda. Katanya lagi, di waktu itu, tradisi puaknya amat berat dan ketat. Dia tidak menghormati tradisi puaknya lalu anak-anaknya telah dibunuh. Suaminya tidak mahu mengikuti upacara melompat beramai-ramai yang dijalankan oleh puaknya. Jadi mereka telah mengisytiharkan kesemua anak-anaknya yang akan dilahirkan sebagai ‘mingi’.
Bukan puaknya sahaja, konsep ‘mingi’ atau anak sumpahan itu juga diamalkan oleh puak Hamer dan Bana di mana kepercayaan karut orang-orang tua itu yang mengarahkan anak ‘mingi’ perlu dibunuh sebelum mereka membawa nasib malang kepada keseluruhan puak mereka.
Tragedi. 15 orang anak Buko Balguda, 45 tahun telah dibunuh oleh golongan tua di kampungnya yang mengisytihar mereka sebagai ‘mingi’ atau anak sumpahan
Walaupun kerajaan Ethiopia telah mengharamkan amalan tradisi yang mengarut ini, anak sumpahan tetap dibunuh setiap hari. Samada mereka dibiarkan dimakan anjing hyena, dicampak kepada buaya di sungai atau dibiarkan kebuluran sampai mati di dalam pondok yang dikunci.
Bernasib baik. Kembar dari puak Hamer ini dikira bernasib baik kerana telah terselamat dengan kebanyakan anak kembar yang lahir akan dianggap sebagai ‘mingi’ dan akan dibunuh
Kepercayaan karut. Puak Hamer dan Bana terlalu mempercayai kepercayaan karut dan mereka akan berasa risau mereka akan membawa nasib malang kepada puak mereka sekiranya tidak mendedahkan anak ‘mingi’ kepada golongan tua di dalam puak mereka
Menurut seorang jurufoto bernama Eric Lafforgue yang menghabiskan banyak masa bersama puak Karo dan Hamer , “Apabila seorang anak yang tumbuh giginya di bahagian atas terlebih dahulu sebelum di bawah, dia akan dianggap ‘mingi’. Peraturan terpakai kepada gigi bayi dan kanak-kanak yang bersalin gigi. Jadi anak-anak yang sudah besar juga tidak terkecuali dari peraturan ini dan akan dibunuh.”
Tambahnya lagi, “Apabila diisytiharkan sebagai ‘mingi’ itu bermakna kematian kepada anak tersebut. Puak itu akan meninggalkan anak itu bersendirian di dalam hutan tanpa makanan dan air atau mencampak anak itu ke dalam sungai yang dipenuhi buaya.”
Walaupun Buko Balguda tidak dikehendaki membunuh anaknya sendiri, dia telah dipaksa untuk melihat pembunuhan itu dilakukan oleh orang tua yang membawa anaknya pergi kepada upacara kematiannya. Katanya , “Bukan saya yang membunuh anak saya, penduduk kampung yang membunuh mereka. Saya telah melanggar tradisi dan peraturan mereka, jadi mereka membunuh kesemua anak saya.”
Amalan yang amat kejam dan mengarut. Golongan tua berasa takut yang anak ‘mingi’ jika tidak dibunuh akan membawa nasib malang kepada puaknya.
Menurut Lafforgue,”Puak Karo, Bana dan Hamer masih berpegang kuat kepada kepercayaan karut ini. Mereka percaya yang semangat jahat atau anak sumpahan itu akan membawa nasib malang kepada masyarakat seperti kemarau, wabak penyakit dan kematian sekiranya anak ‘mingi’ tidak dibunuh.”
Mengerikan. Anak ‘mingi’ akan dicampak ke dalam Sungai Omo di mana mereka akan dimakan oleh buaya atau dibiarkan mati di dalam hutan
Tradisi. Puak Hamer dan Bana masih meneruskan tradisi ‘mingi’ walaupun ia telah diharamkan oleh kerajaaan Ethiopia.
Kerjasama. Sekiranya kaum keluarga tidak mengikuti keputusan penduduk kampung untuk menyerahkan ‘mingi’, bermakna itu adalah sumpahan kepada seluruh keluarga mereka yang akan dianggap ‘mingi’ selamanya
Berkuasa. Walaupun puak Karo memutuskan untuk menghentikan tradisi ‘mingi’ pada tahun 2012, golongan tua dari puak Hamer dan Bana masih meneruskan tradisi itu
Pada tahun 2012, puak Karo akhirnya telah bersetuju untuk menghentikan tradisi ‘mingi’ dengan usaha yang telah dijalankan oleh Lale Labuko dan John Rowe, pengasas Omo Child , sebuah pertubuhan kebajikan yang mengambil anak-anak ‘mingi’.
Lale Labuko sendiri berasal dari puak Karo yang merupakan antara orang yang pertama dari puak itu yang pergi ke sekolah dan telah mendapat tahu 2 orang kakaknya adalah ‘mingi’ yang telah dibunuh sebelum dia dilahirkan.
Pertubuhan kebajikan itu menguruskan rumah anak yatim di Lembah Omo, telah cuba memujuk puak Bana dan Hamer untuk menyerahkan anak-anak ‘mingi’ kepada keluarga angkat di luar komuniti dari mengikut tradisi yang membunuh mereka.
Tetapi untuk mengubah sikap puak itu merupakan satu cabaran yang besar. Lafforgue mengatakan ada sesetengah wanita yang mengetahui mereka mengandungkan anak ‘mingi’ telah bersetuju untuk menyerahkan bayi mereka kepada organisasi.
Masa berubah. Walaupun pendidikan telah mula memudarkan dan menghentikan tradisi ‘mingi’, golongan yang lebih tua masih belum memberi kata putus untuk menamatkan tradisi tersebut
Semua telah berubah. Puak Karo telah mengharamkan pembunuhan ke atas anak ‘mingi’ pada tahun 2012 tetapi dianggarkan 300 orang bayi masih dibunuh setiap tahun oleh golongan tua puak Bana dan Hamer
Bernasib baik. Kanak-kanak ini telah diselamatkan oleh pertubuhan kebajikan Omo Child yang mengambil bayi ‘mingi’ untuk dibesarkan di rumah anak yatim
Diselamatkan. Shomo Bulka yang berusia 4 tahun dalam dakapan penjaganya ini adalah anak ‘mingi’ tetapi telah diselamatkan oleh bapanya yang menyerahkannya kepada pihak polis sejurus selepas dia dilahirkan
Lale Labuko membesar di perkampungan Karo merupakan antara orang pertama yang bersekolah. Dua kakaknya adalah anak ‘mingi’ dan telah dibunuh
“Ada wanita yang telah ditekan oleh golongan tua puak mereka dan mengubah fikiran, bermakna anak mereka akan mati. Seorang wanita telah datang dan memberitahu walaupun dia mahukan sepuluh orang anak, jika salah seorangnya adalah ‘mingi’ dia akan rela mencampakkannya.” kata Lafforgue.
Tambah Lafforgue, “Bagi anak yang diselamatkan, mereka akan dibawa ke rumah anak yatim untuk dibesarkan jauh dari keluarga mereka tetapi ramai juga yang telah dibunuh di tangan penduduk kampung yang mengamalkan ‘mingi’ yang dianggarkan seramai 300 orang telah dibunuh setiap tahun.
Walaupun puak Karo telah menghentikan tradisi ‘mingi’ ini, puak Bana dan Hamer masih berdegil dan amalan tradisi yang mengarut ini tetap dijalankan secara rahsia. Ia telah diharamkan oleh kerajaan tetapi mereka tetap menjalankan upacara itu dan belum ada sesiapa yang telah ditangkap kerana menjalankan upacara itu.
Sehingga keadaan berubah, ramai wanita yang akan mengalami azab dan kesengsaraan kehilangan anak mereka seperti Buko Balguda. Katanya, “Apabila saya melihat wanita lain menyusukan bayi mereka, saya berasa bersalah. Saya berasa amat sunyi. Tiada sesiapa di sisi saya.”
Kehidupan yang lebih baik. Anak-anak Mingi yang diselamatkan akan membesar jauh dari tradisi puak mereka dan berpeluang ke sekolah apabila telah mencapai umur yang ditetapkan
Selamat dan terjaga. Omo Child telah menyelamatkan 37 orang anak ‘mingi’ setakad ini yang mana sebahagian daripada mereka telah dibesarkan di rumah anak yatim yang diuruskan oleh pertubuhan kebajikan
Kerja yang sukar. Pekerja dari Omo Child mengambil masa yang lama dalam usaha mereka untuk memujuk ibu bapa supaya tidak membunuh anak ‘mingi’ mereka dan menyerahkan anak itu ke rumah anak yatim
Kredit: Era Baru
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vh9jAs
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment