Inflasi Malaysia Naik 3.6% Pada Jun, Harga Makanan Terus Meningkat
Harga pengguna (CPI) Malaysia pada Jun meningkat 3.6% dari tahun ke tahun yang merupakan bulan kedua patunjuk ekonomi ini bergerak sederhana di mana pada Mei bacaan merekod kenaikan 3.9%.
Tinjauan yang dibuat oleh Bloomberg menjangka CPI meningkat 3.9% yang termasuk harga barangan yang volatile (turun-naik) seperti harga makanan dan bahan api. Core-CPI atau inflasi teras yang tidak mengambil kira barangan volatile naik 2.5% dalam tempoh 12 bulan sehingga Jun 2017.
Malaysia merekod kenaikan inflasi tertinggi pada Mac apabila harga pengguna (CPI) mencapai paras 5.1% yang juga merupakan paras tertinggi sejak lapan tahun lalu berikutan ‘base-effect‘ tahun lalu dan peningkatan harga minyak mentah dunia berbanding Mac 2016.
Komponen harga pengangkutan, makanan, minuman, perkhidmatan rekreasi, kesihatan, perhotelan, air, elektrik, dan bahan api adalah item-item yang menyumbang peningkatan kepada Indeks Harga Pengguna (CPI) kali ini.
Indeks harga pengangkutan sahaja merekod kenaikan sehingga 10.5% dari tahun ke tahun pada Jun 2017, selepas merekod kenaikan 13.1% pada Mei. Harga purata seliter Ron95 adalah RM2.00 berbanding pada Jun 2016 hanya RM1.70.
Jabatan Statistik mengatakan indeks makanan dan minuman bukan alkohol yang mewakili 30.2% pemberat di dalam indeks CPI meningkat 4.3% pada Jun 2017.
Data pada hari ini menunjukkan tidak banyak tekanan kepada Bank Negara Malaysia untuk menaikkan kadar faedah dengan inflasi dilihat menyusut sejak Mac 2017.
The post Inflasi Malaysia Naik 3.6% Pada Jun, Harga Makanan Terus Meningkat appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2viDqYa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment