Rumah Tinggal Pun Jadi, Dalam Kereta Pun Jadi. Apabila Melakukan S3ks Atas Keinginan Sendiri, Dimana Pun Boleh.
Kalaulah emak bapa F tahu bagaimana F boleh mengandung, mesti pengsan. Saya yang mendengar cerita pun mengigil menahan marah dan geram.
Umur baru 19 tahun, belajar di Kolej Swasta. Pasangan berumur 21 tahun, seorang jurujual di Pasar Awam. Mengenali pasangan sejak tingkatan 2.
Kali pertama melakukan hubungan s3ks di sebuah rumah tinggal yang kosong berhampiran kediaman. Melakukan suka sama suka, sama-sama teringin nak mencuba benda baru yang sering dikongsi dalam telefon pintar. Bila sekali dah buat, dia menjadi ketagih dan teringin. Sebab itu F tulis, "melakukan s3ks atas keinginan sendiri."
Kali seterusnya melakukan di dalam kereta saja. Daerah mereka tak luas mana. Kawasan jalanraya pun gelap. Jadi awal malam, kawan tu jemput di rumah bagitahu nak keluar sekejap. Emak dan bapa benarkan. Memang sekejap aja pun konon nak beli barang. Apabila melakukan s3ks atas keinginan sendiri, dimana pun boleh.
Asal nafsu dapat dilampiaskan. Dalam kereta pun takpe. Tempat yang tak selesa untuk berjimak bagi suami isteri.
Selepas selesai hajat di dalam kereta, F ke kedai beli satu dua barang dan pulang ke rumah. Pendek kata jika keluar pukul 8.00, pukul 9.00 dah balik rumah. Emak bapak tak syak apa apa. Keluar pun sopan, bertudung.
Perkara ini berlarutan dari kali pertama di rumah tinggal yang kosong. Selang sebulan, ada peluang mereka akan keluar berdua dan tiap kali keluar mesti buat projek di dalam kereta. Langsung emak bapak tidak curiga.
Bila saya tanya, "kamu tahu ke akibat perbuatan kamu tu akan menyebabkan mengandung?"
" Tahu, saya makan pil perancang."
" Kamu makan setiap hari?"
"Tak, ada masa saya lupa."
"Emak tak tanya ke kenapa makan ubat?"
"Tak, emak ingat saya tak sihat."
"Lepas tu bila kamu tahu kamu mengandung?"
"Ada beberapa kali buat urin3 test, nampak satu garis aja. Jadi tak risaulah mengandung. Sehinggalah kali terakhir, masa lelaki tu tindih saya, dia rasa benjolan kat perut. Dia kata keras. Terus dia syak saya mengandung."
7 kali melakukan hubungan s3ks dalam kereta baru menyedari suatu kelainan pada perut F.
Esoknya F ajak pasangannya pergi klinik swasta untuk memastikan betul atau tidak. F sangka dia tidak datang haid sejak 5 bulan lalu kerana makan pil perancang.
Doktor scan dan mengesahkan mengandung 24 minggu. Bila tahu, F cuma mendiamkan diri.
Emak telah menyedari perubahan fizikal anak, bila ditanya anak menafikan walaupun anak sudah tahu diri mengandung. Namun, apabila adik bertanya, adik yang rapat dengan F, "kakak, kenapa perut kakak besar, kakak mengandung ke?"
F jawap, "haah."
Adik bagitahu emak. Sangatlah kecewa hati emak dan bapak. Anak yang dipercayai baik, sopan, tidak bersosial dan jarang jarang keluar sendiri telah mengandung.
F tidak berani cerita apa-apa. Dengan siapa pun F tidak bagitahu. F memang pendiam. F tak banyak cakap. Emak bapak tak upaya memaksa F bercerita bagaimana dia mengandung.
Sehingga F dihantar ke Baitus Solehah pun emak bapak F masih tidak tahu siapa yang mengandungkan F dan dimana mereka melakukan.
Setelah sebulan, baru saya panggil F untuk mendengar ceritanya. Saya memang tidak suka memaksa, biarlah dia bercerita atas kerelaan sendiri. Meluahkan apa yang ada di hati. Samada bernada penyesalan atau macam tak bersalah.
Lagi pula dalam tempoh sebulan telah disampaikan segala tarbiyah dan kesedaran terhadap dosa pahala, halal dan haram di dalam pergaulan.
Penilaian ini kita serahkan kepada Allah. Kita bukan siapa siapa yang layak menilai mereka.
Apa yang ingin saya kongsikan disini ialah kesedaran menjaga maruah diri itu sangat utama. Jangan disebabkan keluarga percaya kamu anak yang baik, kamu ambik kesempatan dengan melakukan sesuatu yang Allah larang, melayan kehendak nafsu s3rakah yang dibuai syaitan.
Emak bapak pun tolonglah curiga dengan anak. Soal habis habis dengan siapa dia keluar, kemana dia pergi, untuk apa keluar rumah jika tidak ada keperluan mendesak.
F bagitahu keluar dengan kawan, emak bapak memang tak curiga kerana kawan yang F keluar tu mereka kenali sejak F masih ditingkatan 2. Tinggal pun berdekatan rumah aja. Keluar pun tak jauh mana, pulang pun tak lewat.
Tapi, dalam masa 1 jam, usah 1 jam, 15 minit pun boleh selesai satu round projek tau!
Bila sudah terjadi penyesalan sudah tidak ada gunanya. Tidak boleh lagi menuding cari salah siapa.
Sebelum puasa mereka menghantar ke Biatus Solehah, sebelum ada siapa pun yang tahu. Maklumlah bila hari raya mesti ramai bertemu saudara mara. F sudah mengandung lebih 6 bulan. Dah jelas perut maju ke depan. Jadi dengan menghantar F segera ke rumah perlindungan, aib masih boleh disorok. Sampai bila?
Oleh itu emak bapak tak apa curiga, tak apa soal siasat, tak apa teman anak pergi beli barang keperluan dia. Jangan benarkan anak keluar sendiri-sendiri bersama kawan-kawan. Biarlah kata kolot, kata mengongkong dari anak kehilangan maruah diri.
Pesanan Ummi untuk semua,
Muna liza binti Ismail.
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uHZ3Er
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment