Hi! Welcome Back and Stay Tune! BILA GADUH JE SUAMI TUMBUK ALMARI. SLPS PINDAH RUMAH DIA CERITA PERKARA SEBENAR YG BUAT AKU TERDIAM !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BILA GADUH JE SUAMI TUMBUK ALMARI. SLPS PINDAH RUMAH DIA CERITA PERKARA SEBENAR YG BUAT AKU TERDIAM !!!

Gambar Sekadar Hiasan

Bila Gaduh Je Suami Tumbuk Almari. Slps Pindah Rumah Dia Cerita Perkara SEBENAR Yg Buat Aku TERDIAM !!! | Sebelum saya berkahwin, suami memang dah sediakan tempat tinggal untuk kami lepas kahwin nanti. Tapi hanya Rumah Kuaters, Alhamdulillah. Sebulan lepas nikah, saya masih tinggal di rumah mak saya sambil pindah barang saya sikit². Dalam tempoh sebulan tu, hari minggu je la saya akan bermalam di kuaters.

Hari pertama saya nak bermalam di situ, saya dapat salam perkenalan dari ‘tuan rumah’. Langkahan kaki saya yang pertama masuk ke dalam rumah, tiba² mainan kereta polis anak buah suami punya yang tertinggal berbunyi. Saya tanya suami bunyi mainan ke tu? Camne bole berbunyi? Suami cuma jawab entah laa maybe tertindih  dengan mainan lain agaknya. Masa tu saya tak fikir yang bukan² dan saya minta suami offkan bunyi tu. Suami cuma buat tak tau je. Bunyi mainan tu datang dari bilik tetamu dan saya cari mainan tu, dalam kotak tu mainan tak banyak pun dan mainan yang berbunyi tu tak bertindih pun. Lepas saya cabut bateri mainan tu, saya cerita pada suami keadaan mainan tu dan buat saya rasa hairan. Suami terus suruh saya tidur dan jangan sesekali bercerita bab² hantu ni. Setiap minggu saya balik ke rumah suami, mesti ade saja salam perkenalan yang saya dapat. Saya pula jenis berani sikit, selagi tak jumpa depan mata, saya buat tak tau je laa. Suami pula tak nak cerita langsung keadaan rumah tu..

Lepas sebulan tu, saya terus duduk dengan suami, masa ni la perangai suami berubah. Sebelum ni dia jarang marah saya tapi sejak kami duduk sama, dia jadi baran. Tapi belum lagi tahap sampai pukul saya, sebab setiap kali kami bergaduh, dia suka tumbuk pintu yang ada kat dalam rumah, habis semua pintu berlubang dikerjakannya. Almari yang pihak kuaters sediakan pun habis ditumbuk juga, Saya hanya berfikir suami berubah mungkin sebab dah dapat saya kot, Masa bercinta semuanya manis. Disebabkan saya makin tak tahan, saya mengadu dengan mak mertua pasal sikap baran suami, Mak tak percaya dan saya minta mak datang rumah kami tengok sendiri keadaan rumah ni. Akhirnya mak percaya dan dia beritahu saya yang menantu sulong dia pernah cakap rumah ni ‘panas’. Tapi mak tak ambil kisah sebab mak pun macam saya kurang percaya bab² camni..

Saya cuba ikhtiar je la untuk ‘pendinding’ rumah kami, Saya tukar tempat solat saya kat bilik tetamu pula dan kerapkan mengaji kat bilik tu. Amalan² ‘pendinding’ yang saya cari kat google pun saya dah cuba buat tapi keadaan masih sama. Bila saya dah fedap, saya cuma berfikir mungkin baran suami tu memang sikapnya dan tak da kaitan dengan ‘tuan rumah’. Jadinya  saya usaha dengan berdoa, baca ya latif ketika basuh beras dan bacakan Al Fatihah di ubun²nya supaya dilembutkan hatinya.

Lepas 3 bulan saya tinggal di rumah kuaters tu, berkat doa saya, suami tiba² ajak saya berpindah. Allah permudahkan urusan kami pindah tak sampai sebulan pun. Lepas pindah, baran suami automatik hilang. Kemudian baru la suami cerita keadaan rumah tu. Mula² dia kena, memang rasa nak tukar blok lain. Disebabkan dah lali dan susah untuk dia cari rumah lain, redha je la.

Sampai sekarang saya masih tertanya. Adakah baran suami tu berpunca dari ‘tuan rumah’ yang mungkin tak suka kehadiran orang asing macam saya atau berkat doa pelembut hati dari saya?? Wallahu’alam.

Sumber : KRT / Malaysiatular



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uCpM4w

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.