ADIK BERADIK TIADA HATI PERUT. TANGISAN IBUBAPA. PERBUATAN MEREKA BUAT RAMAI RASA GERAM !!!
Gambar Sekadar Hiasan
Adik Beradik Tiada Hati Perut. Tangisan IbuBapa. Perbuatan Mereka Buat Ramai Rasa GERAM !!! | Aku lahir dalam keluarga yang sederhana, tak senang, tak susah dan makan sentiasa cukup. Aku ade 4 beradik termasuk aku, aku seorang je perempuan yang lagi 3 orang lelaki. Honestly, mak aku memang garang. Kitorang mase kecik memang cukup takut dengan mak kitorang.
Ayah selalu takde rumah sebab bekerja, jadi mak lah yang selalu di samping kitorang. Kitorang mase kecik biasalah, memang nakal (panjat pokok, main dalam longkang etc) budak² kan. Tipula kalau aku cakap kitorang tak pernah kena pukul. Batang paip pun pernah hinggap kat badan ni. Tapi itu salah satu cara melentur buluh biarlah dari rebung.
Seawal umur kitorang tadika, mak dah ajar kitorang buat kerja rumah. Tak banyak yang kitorang mampu tolong. Setakat sidai baju, sapu sampah pun dah cukup. Belajar sikit². Bila dah besar dah biasa buat kerja rumah. Tak kira la laki ke perempuan, bila semua balik rumah memang masing² buat kerja tolong mak. Mak dah tua, memang dah tak larat. Jadi kita yang muda dan ade tenaga ni lah pulak ambik alih.
Senang cerita, aku dengan adik beradik aku dah terbiasa buat kerja² di rumah. Tapi berlainan pula dengan saudara mara aku. Salah satu contoh, waktu balik kampung. Memang setiap tahun, saudara mara semua akan balik kampung untuk sambut hari raya. Selalunya, lagi 2 hari nak raya memang semua dah ade kat kampung. Sejujurnya, waktu nak raya lah aku paling tak suka. Bukannya sebab tak nak sambut raya tapi sebab sikap sepupu² aku yang pemalas. Sepupu aku memang ramai. Aku tak cakap semua, tapi kebanyakan sepupu aku memang malas.
Kalau waktu kat kampung tu, kira aku dengan family aku la yang akan jadi mangsa. Kitorang lah yang akan kemas rumah kat kampung tu (rumah kampung tu memang besar) termasuklah mak aku yang dah berumur ni. Kemas rumah aku tak kisah sebab memang normal kene mengemas tiap² hari. Tapi bayangkan kalau kau tengah kemas, ade lagi malaun² yang terbongkang tidur even matahari dah naik. Kau berpeluh² kemas, ade anak² dara muka selamba tengok tv, sikit pun tak offer nak tolong. Tak nak tolong aku takpe, aku muda and kuat lagi tapi apa salah kalau offer tolong mak aku? Kalau memasak pulak, memang jarang ade muka anak dara kat dapur. Makcik² aku la yg berkampung kt dapur. Makcik² aku memang nak memasak, sebab biasalah anak² dorang mesti nak makan masakan mak diorang. Tapi tak salah kot aku rasa kalau tolong sediakan bahan² masak, jadi makcik² cuma tinggal nak menumis je. Ini tak, aku sorang la yg duduk kat dapur dengan makcik². Dah la aku ni pemalu, tak tau nak sembang ape dengan makcik² aku.
Lagi satu bila lepas makan atau minum, selamba je letak pinggan and cawan kat dalam sink tak berbasuh. Mentang² diorang tau ade orang basuhkan (bab basuh pinggan memang aku atau adik aku yang kena). Maka bertimbun lah pinggan kotor dalam sink sampai la kitorang basuh. Kalau buat air pulak, (yang lelaki memang nak mengeteh) lepas minum, cawan dibiarkan atas meja. Bila dah ramai letak cawan atas meja, haaa tak tahu mana satu cawan diorang, ambik lagi cawan baru pastu biar atas meja. Aku dengan abang aku la kutip cawan diorang basuh. Tapi tak lama pun meja tu bersih, 5 minit lepastu ade lg cawan kotor yang baru.
Kadang² ade yang pergi bandar nak shopping, ye la kan nak raya. Jadi bila diorang pergi bandar, aku dengan family aku je tinggal kat kampung. Kitorang ni akan mengemas la dulu sebelum pergi bandar (kitorang pun nk shopping okay). Jadi sebelum kitorang keluar memang bersihlah rumah. Disebabkan kitorang keluar lambat, jadi kitorang pun mestila balik lambat. Yang lain dah balik awal. Nak tau ape jadi bila kitorang balik? Pinggan kotor dalam sink(yg jenis makan lagi sekali lepas keluar sebab ade lagi lauk lebih), cawan merata atas meja(dah buat air tak reti basuh) barang² yang diorang beli lepak je atas lantai. Sakit hati rasa bile tengok keadaan camtu. Kitorang dah penat kemas, sebiji pinggan pun takde dalam sink sebelum kitorang keluar. Bila balik, kampung macam tunggang langgang. Agak² kau sabar?
Benda ni bukan jadi dekat kampung je, dekat rumah diorang pun diorang buat perangai yang sama. Kalau keluarga aku datang melawat, semestinya makcik aku akan masak. Walaupun diorang ade anak dara, tapi anak diorang tak tolong mak diorang kat dapur. Kitorang yang tetamu ni lah menolong kat dapur. Anak diorang buat ape? Sibuk berselfie ramai² post kat instagram, facebook bersama caption hipster. Tapi pandai pulak bila makanan terhidang, serbu macam tak makan 10 hari.
Every time kitorang nak melawat rumah saudara mara, mak aku selalu pesan “Nanti sampai rumah makcik, tolong ape yang patut. Jangan duduk je, kesian makcik.” Jadi aku and adik beradik aku ni jadi malu if kitorang tak tolong kalau ade orang tua buat kerja. Dah terbiasa bila pergi rumah saudara, kitorang yang akan tolong. Tapi bila kitorang menolong, anak² diorang naik kepala lah. Langsung takde rase malu bila tengok tetamu yang buat kerja, sedangkan diorang boleh duduk bersila tengok tv. Itu nasib baik keluarga aku datang. Kalau family aku takde, memang mak diorang sorang je yang buat kerja.
Aku nak tegur, diorang lagi tua dari aku. And takut pulak kalau ditegur, mak diorang yang terasa hati. Masing² dah besar, ade yang dah berkahwin siap ade anak lagi. Benda ni patutnya dah boleh fikir sendiri. Mak kau jaga kau dari kecik sampai la kau besar, ape salah kau ringankan beban mak kau. Tak kan la sampai mak kau tua kau nak suruh dia buat kerja. Kalau ape² jadi dekat mak kau nanti, kau pulak tak reti² nak buat kerja, kau rase kau boleh survive?
Aku post ni pun sebab hari Ibu haritu. Bukan main lagi semua post sweet², panjang betul karangan sampai tertumpah gula pasal ibu masing² tapi hakikatnya, kau biarkan mak kau sorang² bertungkus lumus buat kerja. Kadang² ade yang kedekut dengan mak sendiri bila dapat gaji sebab nak enjoy sendiri duit. Kepada parents kat luar sane, didiklah anak anda dengan betul. Tegas takpe, tak bermakna kita tak sayang anak. Mak aku pun garang jugak, beliakkan mata je kalau kitorang buat salah, memang cepat² kitorang tak buat. Tapi sayang tetap sayang, kalau tak, kitorang tak kan jadi orang. Bila difikirkan balik, mungkin silap makcik² aku sebab tak tegur anak diorang dari kecik. Tapi itu tak bagi green light untuk anak² dorang buat tahi kat mak sendiri.
Kalau kau sedar tanggungjawab kau sebagai anak, kau tak kan tergamak biarkan susuk tubuh mak kau yang dah tak kuat buat kerja. Kau tak mampu nak bagi mak kau kemewahan pun takpe, asalkan kau jangan buat mak kau macam hamba. Aku and adik beradik aku pun tak la bagus. Kadang² timbul perangai malas tu especially cuti sem, tapi bila mak dah bersuara, memang laju semua angkat punggung buat kerja rumah. Pastu pujuk mak ramai² mintak maaf.
Sekian, dari saya. Assalamualaikum.
Sumber : Admin / myberitatular
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vC3oW7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment