Hi! Welcome Back and Stay Tune! ECB Villeroy: Rangsangan Monetari Masih Diperlukan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ECB Villeroy: Rangsangan Monetari Masih Diperlukan

Bank pusat Eropah (European Central Bank, ECB) di landasan yang tepat dalam memandu inflasi kepada sasaran dua peratus tetapi polisi pelonggaran masih diperlukan, kata pembuat polisi Francois Villeroy de Galhau pada Rabu.

Bercakap kepada suruhanjaya kewangan di parlimen Perancis sebagai Gabenor Bank of France (Bank pusat Perancis), beliau berkata ECB telah mengurangkan risiko deflasi walaupun inflasi masih jauh daripada sasaran.

“Kita telah melakukan kemajuan, tetapi kita masih belum mencapai sasaran dan oleh sebab itu, polisi monetari akomodatif masih diperlukan,” kata Villeroy.

Dalam perkembangan lain, ketua penganalisis pasaran di CMC Markets UK Michael Hewson berkata, “Presiden Draghi berkemungkinan akan memberikan komen yang dovish bagi mengekalkan matawang Euro pada paras semasa di mana pasaran sedang menumpukan mesyuarat ECB esok. Untuk pergi ke paras 1.2000, paras 1.1620 harus ditembusi dan juga paras tertinggi tahun lalu.”

“Dengan keadaan ekonomi yang semakin baik, pasaran melihat hanya masa yang akan menentukan pengurangan rangsangan secara beransur-ansur oleh ECB.”

Paras inflasi Zon Eropah ketika ini berada di paras 1.30% susut daripada 1.4% yang dicatat pada Mei.

The post ECB Villeroy: Rangsangan Monetari Masih Diperlukan appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uInMbJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.