Hi! Welcome Back and Stay Tune! Afdlin tubuh YAS demi kemanusiaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Afdlin tubuh YAS demi kemanusiaan

PELAKON, pelawak dan pengarah popular, Afdlin Shauki menubuhkan Yayasan Afdlin Shauki (YAS) bagi menjayakan misi kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Afdlin berkata, YAS ditubuhkan selepas melalui pengalaman bekerjasama dengan pelbagai yayasan lain dalam membantu gelandangan, anak yatim, pesakit kronik dan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebelum ini.

“Saya terpanggil untuk menubuhkan YAS kerana percaya hidup ini bukan untuk diri kita sendiri. Jika kita saling membantu nescaya hidup kita akan lebih kuat dan menjadi insan yang hebat di mata dunia. Insya-Allah, ini juga salah-satu saham akhirat saya di dunia,” katanya.

Menurut Afdlin, dia menubuhkan YAS bersama tiga pemegang amanah iaitu Azrin Ahmad Kadri, Noradymam Md Sulaiman dan Aizam Syamsul Aksan.

“Sepanjang tempoh penubuhan kami sudah menjayakan lapan aktiviti sosial termasuk di Palestin, Jordan, Lubnan, Kuala Lumpur dan Kelantan.

“Bagi mereka yang ingin menyumbang bantuan kewangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank YAS bernombor 564810516713. Kami juga turut membuka peluang kepada masyarakat untuk menjadi sukarelawan,” katanya.

The post Afdlin tubuh YAS demi kemanusiaan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2teNIaz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.