Hi! Welcome Back and Stay Tune! CEO dan ketua bahagian Zakat Pulau Pinang dituduh rasuah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

CEO dan ketua bahagian Zakat Pulau Pinang dituduh rasuah

KETUA Pegawai Eksekutif merangkap Pengurus Besar Zakat Pulau Pinang (ZPP) Datuk Azman Abdul Samat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini, atas tiga pertuduhan menerima suatu barangan berharga tanpa balasan, antara 2010 hingga 2015.

Azman, 50, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Mengikut pertuduhan, Azman didakwa menerima jam tangan jenama Bonia Tesoro bernilai RM700 daripada individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya iaitu pemilik syarikat MNI Venture, Ros Suriyati Alang di kediamannya No 1048 Mukim 2 Permatang Rambai, di Permatang Pauh, pada 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Azman didakwa menerima jam tangan jenama Tissot Touch bernilai RM2,000 daripada individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya iaitu pemilik syarikat Al Global Trading, Ashari Ismail di Pejabat ZPP di No 4 Jalan Perda Selatan, Bukit Mertajam antara 2011 hingga 2015.

Seterusnya, Azman didakwa menerima jam tangan jenama Roscani Paris bernilai RM750 daripada individu yang mempunyai hubungan dengan kerja rasminya iaitu pemilik syarikat Safa Murni Enterprise, Zaiyusri Ibrahim di kedai makanan berhampiran Pejabat ZPP dalam Daerah Seberang Perai Tengah pada 2015.

Bagi setiap pertuduhan, Azman didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sitarun Nisa kemudian membenarkan Azman dijamin RM1,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan selain menetapkan 21 Ogos depan bagi sebutan semula kes.

Dalam pertuduhan berasingan, Ketua Bahagian Pengurusan Pembangunan Kualiti Asnaf Dan Ekonomi ZPP Mohd Wardi Ramli, 35, turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan daripada kontraktor antara 2015 hingga 2016.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber CEO dan ketua bahagian Zakat Pulau Pinang dituduh rasuah

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uCXFSJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.